Tuesday, December 05, 2006

£450j & LFC milik Islam?


LFC dah nak setuju kelab dijual kepada antara orang terkaya kat dunia.
Dah bagi hak2 exklusif pada Dubai International Capital (DIC) - firma milik pemerintah Dubai yg gilababes kayaraya Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, untuk ambik alih kelab!



CEO Parry kata takeover ni akan jadi kunci ke stadium baru LFC dan kita dah leh celen kelab2 yg terkaya kat dunia!

DIC diberi izin untuk semak latarbelakang kelab - peguam & akauntan akan semak akaun LFC secara mendalam - dan tawaran rasmi akan dihantar lepas Krismas.

Tawaran dijangka berjumlah £450juta - £170j untuk beli saham, £80j untuk setel semua utang yg ada, £200j utk stadium baru kat Stanley Park.

CEO DIC - Sameer Al Ansari - ialah fan Liverpool dan banyak kali gi tgk games Reds. Mungkin dia yg akan ganti David Moores sbg pengerusi LFC, Parry terus jadi CEO dan Moores mungkin jadi Presiden/Penasihat seumur hidup.

Al Ansari kata:
'DIC ada rekod yg kukuh sebagai pelabur yg serius dengan modal yg mantap. Pada masa yg sama kami juga penyokong bolasepak & LFC. Keperluan pelaburan LFC dah diketahui ramai dan kami harap kami dapat bersetuju suatu perjanjian yg akan memberikan LFC dgn dana yg diperlukan, di dalam & di luar padang. DIC adalah salah satu firma ekuiti persendirian yg melabur serata dunia bagi pihak Dubai Holdings, wyg dimiliki oleh Sheikh Mohammed, yg juga Naib Presiden UAE (Emiriah Arab Bersatu).'

Baru2 ni DIC telah membeli Madame Tussauds (House of Wax) pd harga £750j dan rangkaian hotel Travelodge.

Stadium baru Liverpool dijangka mampu muat 60, 000, Anfield sekarang cuma muat tak sampai 44, 000.

Moores yg miliki 51% LFC mengaku yg dia terpaksa menjual untuk dapatkan dana untuk LFC. Tapi dia tetap nak berkuasa jadi dia galakkan pelabur masuk.

Kekayaan Sheikh Mohammed jauh lebih banyak dari pemilik Chelsea - Roman Abramovich - sebab Sheikh adalah org ke-5 TERKAYA DI DUNIA dgn harta berjumlah sekurang2nya £5billion.

*****HARAP2 KONTRAK CARLSBERG DIBUANG MACAMANA CHELSEA BATAL KONTRAK UMBRO!

TAKBIRRRRRR!!!!!!!!!!

Thursday, July 20, 2006

Situasi Terkini Jualbeli Pemain LFC

bermula dgn bajet Rafa yg diberi LFC (20j).

LFC jual Moro (3.1j), Zak (200k), Raven, Cheyrou & Medjani = 6j
LFC beli Bell (6j)... belen balik... 20j.

Rafa gak sewakan Kirky, Roque & Barragan, & lepaskan Calliste secara free.
Rafa sain "Speedy" Gonzalez, Paletta & Aurelio... semuanya Free (sebab dah abis kontrek).

Dudek, Diao, Traore... dijangka akan bla gak.
StW, FloPo, Mellor... dijangka akan disewakan lagi.


berikut senarai pemain2 yg disasarkan Rafa, termasuk (tawaran LFC), [harga kelab mintak] & status skrg.

1. Torres
(12j)...[17j]
...sasaran Rafa dr umur 14thn, tapi skrg nampaknya lebih pasti ke Arse/ManUre yg tawarkan min 15j!

2. Kuyt
(10j)...[13.5j]
...pd mulanya Feyenoord nak Dudek & Kromkamp, sbg tukar. tapi bila dorang tgk Arse, ManUre & Newc pon sibuk nak Kuyt, Feye mintak cash + 2org tu!!
...mandangkan Alvez (pengganti Krom) dah makin susah nak dapat rasanya LFC terpaksa beli cash je la... nanti lepaskan Krom tgk2 x dapat Alvez... naya je!
...ada clause dlm kontrek yg benarkan Kuyt bla kalau ada kelab tawarkan 10.3j. so dijangka LFC akan tawar sbnyk tu.

3. Alvez
(5j+hutang 7j)...[7j+hutang 5j]
ada yg kata terlalu mahal 12j utk seorang RB/RWB/RM.
tapi Rafa bijak. 12j tu kira utk dapatkan Kuyt sekali!
Feyenoord nak Dudek & Krom, utk tukar dgn Kuyt & Rafa nak Alvez sbg pengganti Krom.
...tapi sebab Sevilla berdegil pasal jumlah hutang, aku rasa Rafa akan lupakan je kot pasal Alvez, dan beli Kuyt cash je.

4. Pennant
(3.5j)...[7j]
B'ham yoyor konon xkan jual Penan slps dorg kena gugur div.
LFC (yg xkan tawar lbh drp 5j), saja nakal tawarkan 3.5j utk tgk reaxi B'ham.
B'ham kuar stetmen kata xkan jual pd harga murah camtu!
LFC buat dek mcm dah x minat, sebab tgh sibuk nak dptkan Alvez.
B'ham saja nakal tetapkan harga Penan - 7j. Double apa yg LFC tawar.
... & skrg diberitakan, LFC & B'ham dah setuju dgn harga 6j. Medical dijangka pada hujung minggu ni.

5. Defoe
(Kewl+2j=9j)...[Kewl+7j=12j]
Defoe nak dtg LFC, LFC minat gak KALAU x dapat Torres DAN Kuyt.

6. Anelka
(sewa)...[8j]
terlalu mahal utk beli terus, & Rafa x suka players yg x main sepenuh hati. walaupon leh jadi striker yg dicari Rafa, tapi bagi Rafa faktor harga membuatkan Kuyt & Defoe lebih berbaloi sbg strikers baru.
...yg terkini, Portsmth dah beli dgn harga 7.5j.

7. Trezeguet
(sewa 1 musim)...[tunggu hasil rayuan]
bagi aku setanding Anelka, masih mampu utk LFC sewa & masih menarik minat Rafa. kalau dapat Kuyt, & Defoe terlalu mahal, aku rasa Trez tentu disewa.

8. Camoranesi
(sewa 1 musim, dgn option utk sambung kontrek tetap)...[tgu rayuan, sewa 1musim]
pilihan ke-3 Rafa kalau x dapat Alvez & Penan. tapi mandangkan Juve masih sygkan Camo, rasanya Rafa akan mati2an utk dptkan Penan sebab Rafa bukan nak cari RM/RW jangka pendek.



~ i'll never deal alone! ~

Thursday, June 15, 2006

WC06, after 1 Game each...

selepas dah tgk semua teams beraxi, nak bagi pandangan sket pasal teams & ramalan WC06 ni.

_____________________________________________________________________________________________________________________________
GROUP A

GERMANY

Pertahanan: KOYAK!
- Kahn geram je nak butikan dia leh save 2 gol C.Rica aritu. Lehmann terlalu kangkang membuatkan susah nak bergerak or dive.
- Kaiser Beckenbauer mesti menggetap gigi tgk pasangan CB Metzelder & Mertesacker yg terlalu square (selari).
- RB Friedrich selalu x dapat baca offside trap. dua2 gol Wanchope sebab Friedrich x sefikiran.
- DM Frings terlalu nak join attack sampai dia x jalankan tugas sbg DM dgn sempurna.

Serangan: GEMPAK!
- Memang menggerunkan walaupun Ballack xde! dgn Ballack?... hmmm..
- Podolski yg top form, Klose yg sentiasa bahaya, LB Lahm dgn roketnya, Schweinsteiger yg berskil - kejap kat kiri kejap

kanan, Borowski & Frings dgn shots jauh.

Ramalan: FINALIST.
...tapi kena ketatkan bek. lwn BRA, SPA & CZE mcm tu... jahanam!
...sebab kesanggupan utk serang. suhu yg panas & sokongan fans leh bg GER advantage sebab main kat kampung halaman.

=============================================================================================================================
ECUADOR

Pertahanan: BERANI!
- Cruz xla menyinar malah 2-3 kali xde kat posisi sebab ada kat atas, or tewas 1-on-1 dgn LM Krzynowek (POL).
- solid & bermati2an. Hurtado bagus tapi bila dia xde nampak gabra sket bek.
- dipenghujung mula nampak longgar & POL dekat2 nak dpt gol saguhati, tapi ECU tetap sanggup tahan bola dgn apa cara

sekalipun.

Serangan: BAHAYA!
- 1st gol hasil setpiece throw-in, gandingan 2 striker. nampak bahaya bila setpiece yg melibatkan headers, tapi akan ada

masalah lawan teams yg CB tinggi.
- ada skil & speed, tapi kureng penyudah. camnerpun percubaan dorang bahaya & striker x takut try.
- Kaveides bijak cari ruang & gol ke-2 hasil gandingan & sikap xbolot dia.

Ramalan: Round 2
boleh kalahkan CRC dan cuba seri dgn GER, tapi rasanya cuma leh seri dgn CRC & kalah dgn GER.
so terikat dgn CRC... W:1 D:1 L:1 tapi layak ke Rnd2 sebab bolos kurang.

=============================================================================================================================
COSTA RICA

Pertahanan: Boleh Improve..
- Gol2 Lahm & Frings memang xleh nak save, tapi yg lagi 2 bolos tu leh diperbaiki semakin lama dorang kat WC06.
- Kurang pengalaman & gabra WC yg buatkan dorang goyang sket. tapi kalau DM Solis/Fonseca leh terus cover bek, payah gak nak

lepas sebab CRC antara team yg gunakan 5 bek. rasanya CRC xkan bolos 4 lagi dah kut lepas ni.

Serangan: CLINICAL! Wanchope x kan bazir peluang!
- Wanchope gunakan langkah, stamina, body & timing lari sebaik mungkin. tapi kena ingat yg 2 gol dia sebab Friedrich yg bg

dia onside.
- Bolanos leh main dua2 sayap gak, tapi midfield GER spt biasa, terlalu rajin tekel. xde chan langsung... patut la LFC x beli

selpas bg trial aritu.

Ramalan: Round 1
menang 1, seri 1, kalah 1... sama dgn ECU. bezagol yg tentukan layak ke x ke Rnd2. bolos 4 v GER mungkin akan jadi penyebab x

layak.
...semangat x nyerah kalah leh bawak dorang jauh. yg penting kena jgn kalah dgn ECU. sebab silap2 bila jumpa POL nanti, POL

dah pun terkeluar.
Kalau CRC kalahkan ECU, time lwn POL, CRC perlu seri je.
tapi kalau CRC seri dgn ECU, masa jumpa POL kena sapu bersih POL yg dah xde inisiatif time tu.
kalau kalah dgn ECU, bye-bye WC06.

=============================================================================================================================
POLAND

Pertahanan: PANCIT!
- Boruc rasanya lebih bagus dari Dudek, ada 1 save tu rasanya kalau Dudek main, dia akan lambat keluar.
- Gandingan Bak & Jop solid tapi x sangka leh kalah headers bg 1st Gol ECU.
- Gol ke-2 offside trap yg x menjadi. Bek POL terlalu tinggi & sering dlm bahaya bila nak celen penyerang ECU.
- DM Radomski kerja keras & bagus cover bek.
- Di penghujung jelas bek nampak pancit.

Serangan: TUMPUL!
- Formasi solo striker x berkesan sebab Smolarek sbg backup x berkesan sebab x diberi ruang.
- LW Krzynowek je yg rajin tapi last2 pancit.
- Lewat 2nd 1/2, 2 kali kena palang & tiang. Kena banyakkan latihan finishing.

Ramalan: Last dlm Group A
...Silap sebab kalah dgn ECU.
Dgn GER susah nak menang & kalau GER main mcm haritu, & ECU x kalah dgn CRC.. Game3 POL akan jadi x bermakna.

_____________________________________________________________________________________________________________________________

GROUP B

ENGLAND

Pertahanan: SOLID!
- Bila tiba match malam, ENG akan lebih kukuh.
- StG kat DM & 8min terakhir OwenH masuk & StG ada peluang attack.
- Probnya bila bola kat Midfield, cepat hilang bola.

Serangan:
Apa yg SEPATUTNYA ENG buat haritu lwn PAR?
...Galah patut di depan last 1/3 (disebut "final/last third", kawasan antara D & bulatan tengah),
...tanduk bola utk Owen guna speed (x tau la ada speed lagi ke x?) tewaskan bek.
...Bex & JoCole mesti cepat open kat sayap,
...Lampu/StG mesti cepat backup dari sebelah/belakang MO,
...MO leh try skor/pass kat Galah/lebar ke sayap balik utk di cross bg Galah tanduk.
Itu pergerakan asas menyerang untuk ENG dgn formasi yg ada.

Tapi gandingan Galah & Kenit x menjadi. sebab? terlalu ramai yg x ikut arahan or SGE x bgtau players secara terang.
...Galah main terlalu bawah (deep). dia sibuk mengutip bola dari tgh pdg (ala AM, & bukan sbg 2nd striker). dia kena sedar

dia bukan Ronaldinho... nak main gitu boleh, tapi 1-touch pass kena bagus & kena ada speed + stamina. dia x boleh jauh dari

25kaki (8m) dr MO. kesimpulannya Galah x leh main macam LG/StG main masa dia jadi solo striker kat LFC. Galah kena banyak

guna kepala... utk heading & utk fikir.
...MO dah jelas x fit. disinila terbukti kebangangan SGE yg x bawak Bent/Defoe.
...JoCole sibuk potong masuk ke dlm utk ada kat sebelah MO, diwaktu dia sepatutnya open kat wing utk cross balik. bila SGE

keluarkan MO & masuk Downing, Cole yg td sibuk cut-in, gagal lak jadi LG sbg 2nd striker blkg Galah!
...dua2 kurang bg thru balls utk MO kejar.

selain dr tu, Lampu dapat 4 try, tapi semua dibazirkan! kalau StG dapat 4 tu, @least 1 dah sure gol!
masih jelas yg StG kat depan Lampu lebih elok, tapi dr dulu SGE x pernah nak buat gitu!

yg jelas, kalau ENG buntu tanpa Shrek, kena guna StG & Lampu blkg Galah (solo) dgn OwenH kat DM.
MO? guna dia sbg SuperSub, sementara 60-75min biar dia dok manja2 atas riba SGE kat bench.


Ramalan: SUKU-AKHIR
kalau ENG main mcm 1st 30min lwn PAR, dorg leh sampai Semis (janji main malam).
kalau SGE degil dgn Galah-Kenit, kena main asas... guna wing. & sebab dia degil x nak main 4-5-1 (bukan 4-4-1-1) ENG kena

tunggu Shrek kembali, utk ada lebih bnyk option.
so kesimpulannya...
kalau Juara GrupB...SUKU AKHIR, & kalah pada HOL/ARG.
kalau 2nd GrupB... Rnd2, & kalah pd GER.

=============================================================================================================================
SWEDEN

Pertahanan: belum teruji, tapi saspek leh pancit kalau kena bertalu.
- bila T&T tinggal 10 & RM kena jadi RB, bek SWE dah langsung xde kerja. lwn ENG nanti sibuklah balik.
- dalam sibuk attack, T&T counter, Cornell try kena palang!
- bek leh koyak gak bila kena counter yg laju. Melberg & Lucic x laju so serangan dipatah masa kat Midfield.

Serangan: TUMPUL!
- mungkin sebab T&T main 10org 1 half ... mungkin sebab T&T main formasi 4-4-1 yg bertukar jadi 6-2-1 bila SWE serang ... yg

pasti SWE tumpul dan banyak kali bila try, shot melayang (terlebih kuat) or ke arah Hislop. finishing menyedihkan.
- Allback masuk sbg sub, dpt 4 chan dlm masa 4min, tapi bazir semua.
- T&T dah tunjukkan camner nak stop SWE. Zlatan & Larsson dikawal rapi, Ljungberg dapat je bola dah xde ruang nak gerak/pass.

Ramalan: Round 2
kena kalahkan ENG kalau nak pergi jauh... kalau x, jumpa GER kat Rnd2.

=============================================================================================================================
PARAGUAY

Pertahanan: SOLID!
- Hurtado pemain teguh yg arahkan bek dgn baik.
- Paredes mark StG setiap kali StG attack.
- Selepas hilang keeper & gol awal tu, bek nampak cukup bagus utk mark Galah & MO.
- Sampai ke tgh, ruang cepat ditutup.

Serangan: TUMPUL!
- Paredes banyak tolong serangan.
- Cruz masih x fit betul.
- Valdez x cukup tajam.

Ramalan: Round 1.
Akan mati2an lwn SWE tapi sebab ketumpulan finishing, akan tercicir.

=============================================================================================================================
TRINIDAD & TOBAGO

Pertahanan: KENTAL!
- boleh koyak dgn thru pass & cross yg bijak.
- tapi semangat mati2an bila lwn SWE masa 10org, amat terpuji! formasi jadi 4-4-1 yg tukar jadi 6-2-1 bila diserang.

Serangan: AMATUR & IMMATURE (x matang)
- Boleh guna speed utk beat players besar macam Lucic & Melberg.

Ramalan: Round 1.
Kalau leh seri dgn ENG atau kalah tipis walaupun bermain bagus, siaplah PAR. Tapi susah nak bayangkan T&T skor, nak menang

lagi la susah. tapi leh jadi Eire WC90 & WC94, susah nak kalahkan.
Seri semua game adalah yg terbaik yg leh diharapkan. 3 poin tapi x layak ke Round 2.

_____________________________________________________________________________________________________________________________

GROUP C

ARGENTINA

Pertahanan: 50-50
- Formasi 3-5-2 nampak macam x kukuh utk ARG.
- Cambiasso & Mascherano cepat turun cover.

Serangan: MENYENGAT!
- Setaraf BRA... lebih bahaya sebab Crespo & Saviola tgh top form.
- Riquelme, Aimar & Messi... tunggu je peluang. tapi cuma sorg je yg nak diturunkan coach pada satu2 masa. bayangkan kalau

turun tiga2!

Ramalan: SEMI FINALISTS
sebenarnya lagi elok kalau dapat 2nd dlm Grup... akan dapat jumpa Juara Grup D (POR/MEX)... suku akhir jumpa ENG & lagi

senang nak kalahkan...then masuk Semi (jumpa BRA).

=============================================================================================================================
HOLLAND

Pertahanan: KUKUH!
- vdSar akan terus cemerlang.
- dgn bek 4 org yg solid... tu pun Khalid & Kromkamp x main 1st XI lagi!

Serangan: BAHAYA!
- Robben kemut & nak jadi star sorang. Persie bengang je aritu... kena guna semua cara serang, bukan Robben je yg berkesan. -

Kuyt & Hesselink x sabar nak bukti dorang lagi bagus dari RVK & harap vBasten bg peluang.
- Probnya RuudvanKuda tu dlm diam leh bahaya... selagi dapat supply la.

Ramalan: SUKU AKHIR
Game lwn ARG silap2 jadi game lawak, kalau dua2 team nak dapat 2nd dlm Grup utk bertemu Juara Grup D (POR/MEX)... suku akhir

jumpa ENG & lagi senang nak kalahkan...then masuk Semi (jumpa BRA).
Kalau jadi juara.. kena jumpa GER kat suku-akhir.

=============================================================================================================================
IVORY COAST

Pertahanan: KERAS!
- Gandingan Toure-Eboue mantap tapi sorang xde (injured/suspension), abis IVC.

Serangan: KERAS GAK!
- Dindane-Drog lebih berkesan dari Drog-Kalou.
- semangat juang kuat tapi nampak x cukup pengalaman.

Ramalan: Round 1
Malang masuk Grup maut.... Cuma mampu kalahkan Serb utk elak jadi tercorot.

=============================================================================================================================
SERBIA & MONTENEGRO

Pertahanan: SUSAH NAK LEPAS
- walaupun nampak goyang sesekali, tapi sebab ramai, sering terlepas dr bahaya.

Serangan: TAK BERGIGI
- Kezman & Savo sekadar nama... Zigic & Ljubajna jauh lebih berkesan.
- Koroman & Stankovic kena lebih rajin kat dua2 sayap.

Ramalan: Round 1
Suhu & stamina yg bezakan S&M dan IVC. dua2 akan mati2an elak dari dapat last dlm Grup.
_____________________________________________________________________________________________________________________________

GROUP D

MEXICO

Pertahanan: 50-50
- Marquez-Osorio-Salcido cukup serasi & mantap. tapi Pardo kena cepat bantu.

Serangan: BERSEMANGAT
- Gandingan Borgetti-Bravo disapot oleh Fonseca & Zinha, nampak macam leh pergi jauh.
- Serangan cuma efektif bila bergerak menyerang ramai2 dgn speed.
- Marquez amat berkesan bila main attack & patut diguna lebih kerap menyerang.

Ramalan: Round 2
Senang2 leh masuk Rnd 2, tapi malang sebab kena jumpa antara ARG/HOL. kalau x pun IVC or S&M!

============================================================================================================================
PORTUGAL

Pertahanan: SOLID!
- Dgn gandingan Miera & Carvalho,
- Formasi 4-51 yg cepat bantu, susah nak tgk POR bolos 3 gol.
- Bila Maniche, Tiago & Costinha tolong sama, rasa macam mustahil nak lepas.

Serangan: CANTIK!
- Pauleta walaupun solo tapi kalau gandingan Simao-Figo-Ron sapot cepat, leh jadi seefektif trio midfield CZE.

Ramalan: Round 2, kalah dgn HOL/ARG
- Trio midfield kena biar main sampai habis.
- Terlalu harapkan trio & kalau dorang x perform, abis!

============================================================================================================================
IRAN

Pertahanan: GABRA!
- Bila kena serang dgn solo or pair striker, leh handle. kena serang bertalu2 or beramai2... kelamkabut!

Serangan: MENGECIWAKAN!
- Daei senang dikawal, Hashemian mcm x cukup pengalaman, Mehdi over-rated. Karimi sorang je menyinar tapi kena main sepenuh

masa.

Ramalan: Round 1
FRAS! harapkan Iran leh jadi surprise!

============================================================================================================================
ANGOLA

Pertahanan: MANTAP tapi SLOW.
- Mungkin lambat panas, or memang slow? Tapi masa lwn POR, ANG ni mcm PAR gak. makin lama makin kebal. CB Jamba memang lembab

tapi gila solid. CB Kali solid gak tapi kdg2 off-posisi.
- Andre walaupun DM tapi leh main kat mana2 & dia memang berada serata padang!

Serangan: AMATUR & IMMATURE!
- Akwa mungkin ditugaskan utk shoot-on-sight, tapi dia x dpt kedudukan yg bagus. 2 kali cuba lipat, 1 miss bola! Mantorras

lagi efektif, sayang x digandingkan dgn Akwa sebab coach xnak ubah 4-5-1. RW Kalanga & AM Mateus pun rajin & merbahaya.
- Kalau lebih tenang depan gol, ANG akan lebih berjaya.

Ramalan: Round 1
SUPER-FIT! Menang dgn IRN akan dianggap pencpaian terhebat.

_____________________________________________________________________________________________________________________________

GROUP E

CZECH REP.

Pertahanan: MANTAP!
- Formasi 4-2-3-1 memang kuat selagi DM Plasil & Galasek cepat tolong back-4.

Serangan: SUPERB!
- fevret midfield trio! Nedved-Rosicky-Poborsky di guna sebaik mungkin.
- Tanpa Kohler & Baros, cuma tinggal Lokvencs yg agak tumpul.

Ramalan: SEMI FINALISTS kalah dgn GER, menang 3rd.
Best Midfield trio kat WC06. kalau tiga2 main full games sampai habis tournament... dijangka boleh seramkan GER kat Semis

gak! Silap2 Finalist... silap2 BRA pun kalah! CHAMPIONS??? apa2hal my choice utk surprise.


============================================================================================================================
ITALY

Pertahanan: KETAT!
- Sia2 la kalau ada Nesta-Cannavaro tapi bocor.

Serangan: BERBISA!
- Dgn penuh kesabaran tapi memang bahaya. Totti, Piero, Pirlo banyak buka jalan kat strikers Toni & Gillardino.

Ramalan: 2nd Rnd... kalah pd BRA.

============================================================================================================================
GHANA

Pertahanan: KERAS!
- Kuffour mati2an tapi kadang2 bek lain hilang konsentrasi.

Serangan: LIAR!
- Essien mati2an nak buktikan dia sama nilai dgn StG... tapi 8 kali try bazir je. Gandingan dia & Appiah patut boleh bukak

lebih bnyk ruang utk Gyan/Mensah & Amoah.
- Macam Togo & Angola, kerap sangat "snatch shot" (bukan snap-shot, tu lain)... tendangan terburu2!

Ramalan: Round 1
x cukup tenang.

============================================================================================================================
USA

Pertahanan: GABRA!
Dari dulu memang bermain agak amatur, gabra & huru-hara. sebijik macam MyTeam!

Serangan: X TENTU ARAH!
- McBride & Reyna amat over-rated. Donovan nampak bersemangat tapi kadang2 hilang punca.
- Terlalu mudah diagak (predictable).

Ramalan: Round 1
xde idea.

_____________________________________________________________________________________________________________________________

BRAZIL

Pertahanan: 50-50
- Cafu banyak cover dibantu Emerson.
- Lucio kadang2 off-posisi, Juan terlalu fizikal.
- RC x pernah impress kat bek.

Serangan: MENGGIURKAN!
- Ronaldo & Adriano nampak lembab tapi Kaka & Roni leh ubah game sekelip mata.
- Robinho sama mcm MO & Theo... kenit2 yg senang digolekkan!
- Semua players boleh cuba dari jauh!

Ramalan: FINALIST!
Lepas seri dgn AUS, & bila perlu menang besar dgn JAP baru nampak BRA sebenar.


=============================================================================================================================

=
CROATIA

Pertahanan: RONGAK kalau DM x tolong.
- x ramai yg berani guna 3-4-2-1 lawan BRA, tp tu la formasi CRO.
- Gandingan Simunic, RKozacs & Simic bagus kawal Ronaldo & Adriano.
- Tudor bagus cover tapi bila Niko keluar, Leko kurang tolong bek, Kaka dapat ruang utk skor!

Serangan: RONGAK gak kalau WB & AM x tolong.
- Prso dapat banyak chan tapi backup kurang berkesan.
- AM NKovacs, Klasnic & Kranjcar x cukup berbisa.
- WB Babic & Srna pulak kurang cross bahaya.

Ramalan: Hampir last dlm Group
Seri dgn JAP, kalah dgn AUS

=============================================================================================================================

=
AUSTRALIA

Pertahanan: KERAS!
- Tapi Neill terlebih keras leh datangkan kad.
- Grella & Wilkshire bagus sebab cepat tolong bek.

Serangan: BERSEMANGAT!
- Sebab Kewl x fit, Viduka kena kerja lebih.
- Tapi kalau semua main mcm Cahill, semua leh jadi. Jaga2 BRA!

Ramalan: Rnd 2 kalah dgn CZE
Hampir jadi Juara Group!
seri dgn BRA, kalahkan CRO


=============================================================================================================================
JAPAN

Pertahanan: RAPUH!
- GK bagus tapi leh over & last2 buat benda bodoh!
- Kelamkabut bila kena attack menderu2 & beramai2.

Serangan: RAPUH!
- Finishing setaraf Afrikan yg baru 1st time masuk WC06.
- Stars x berkesan. Nakata, Nakamura, Takahara & Ono hanya tinggal nama & kenangan.


Ramalan: Last dlm Group
Seri dgn CRO tapi kalah teruk dgn BRA

_____________________________________________________________________________________________________________________________
FRANCE

Pertahanan: DEGIL!
- Seburuk2 game Barthez, yg pentingnya dia tetap bernasib baik.
- Thuram & Gallas dgn Makelele & Viera depan dorg! Giler susah nak lepas!
- Kelemahan kat wings je tapi berapa ramai org yg leh skor dr wing?

Serangan: DEGIL gak!
- Ribery banyak mengecohkan bek lwn tapi ZZ dah x menyengat.
- Gandingan Henry-Wiltord lagi berkesan (sket) dari Henry-Saha.
- WB dah bukan macam pasangan Thuram & Lizarazu lagi dah.

Ramalan: 2nd dlm Group, Round 2 kalah dgn SPA
Cuma mampu seri je semua game. x cukup kemampuan matchwinning.


=============================================================================================================================
S.KOREA

Pertahanan: GABRA!
- Penyakit bek Asia... gelabah bila kena sustained pressure.
- DM LeeHo & LeeEulYong bagus tutup ruang.

Serangan:
- Bila LeeChunSoo main RW baru nampak belen serangan.
- AhnJungHwan masih berbisa.
- ParkJiSung sekadar membuktikan betapa hampehnya players Manure.

Ramalan: Juara Group G, kalah SUKU AKHIR pada CZE
Boleh menang lwn SWI & seri dgn FRA.

============================================================================================================================
SWITZERLAND

Pertahanan: 50-50
- Senderos-Djorou/Mueller leh jadi pasangan hebat kat WC06.
- Vogel & Cabanas sedia membantu.

Serangan: CHOC FUDGE .. jap ada jap takde
- Frei belum diasah.
- Sama mcm USA secara keseluruhan. Star yg over-rated (dr zaman Chapuisat), + bantuan kwn2 yg xde idea!

Ramalan:Round 1
terlalu tandus idea utk kalahkan sesiapa.

=============================================================================================================================
TOGO

Pertahanan: LIAT!
- Susah nak tembus 1-lwn-1 tapi sama kelemahan bg semua team xde pengalaman, senang huruhara bila kena serang bertalu.
- Masalah tekel keras akan terus menghantui bek Afrikan.

Serangan: LIAT gak!
- Kader memang x segan try.
- Tapi bantuan dr midfield mcm segan2 je nak tolong serang.

Ramalan: Round 1
x cukup pengalaman utk kalahkan FRA & SWI. terbaik cuma mampu seri dua2.

_____________________________________________________________________________________________________________________________

SPAIN

Pertahanan: SOLID!
- Puyol-Ibanez sesolid Terry-Rio & Nesta-Canavaro.
- Xabi, dibantu Xavi & Senna stop serangan dr tgh lagi.

Serangan: AMAT MENGGIURKAN!
- Torres tarik perhatian semua membolehkan Villa bebas mengganas!
- LG jauh lebih berkesan sbg 2ndStriker, banding dgn Raul (yg jelas x cukup laju utk team SPA baru ni.)
- Thru pass/cross Xavi/Iniesta/Fabregas/Joaquin leh koyakkan mana2 pertahanan!
- Long ball Xabi spt biasa, ada remote-control!
- Masa lawan UKR, Fabregas main last 16min (x sempat panas), & Joaquin, Iniesta & Reyes belum sempat dilepaskan dlm padang

lagi.

Ramalan: SUKU AKHIR... tunduk gak akhirnya... pd BRA!
- Secara keseluruhan... Torres, Villa, LG, Raul, Reyes, Joaquin, Xavi, Fabregas, Iniesta & Xabi... jauh lebih berbisa dari

Quintet BRA (Ronaldo, Ronaldinho, Robinho, Adriano, Kaka); tapi SPA xkan letak lineup yg ada semua 10 tu serentak...

bayangkan:

------9.Torres-----21.Villa
---11.LG------7.Raul-------17.Joaquin
------10.Reyes------18.Fabregas
--8.Xavi------14.Xabi------13.Iniesta
---------------1.Pepe

macam kanak2 ribena je... kenit2 sampai ke goalie. Xabi & Torres yg paling tinggi!
tapi semua players ada skil & speed! kecuali Raul yg nampak mcm atuk lak dlm team kanak2 tu!
kalau lah...

...balik ke realiti, SPA tetap leh gi jauh. suhu & cuaca akan memihak pada SPA, kena lak dgn players yg leh main laju!

=============================================================================================================================
UKRAINE

Pertahanan: CAIR... pd suhu tinggi.
- Vaschuk & Rusol terlalu besar & slow utk handle players lincah, kena lak pd suhu panas.

Serangan: CAIR... tanpa Sheva yg aktif.
- Voronin akan terus cuba sedaya upaya tapi...
- Selagi Sheva x fit, UKR = 0.

Ramalan: tercorot dlm Rnd 1!
Betul2 1-man team yg bakal bla awal. Team airbatu. Keras, tapi... terlalu agresif utk bermain pada speed laju dalam panas.

segala pergerakan cair begitu saja. Kat defense hilang sefahaman, kat attack hilang sabar.

============================================================================================================================
SAUDI ARABIA

Pertahanan: SLOW!
- Redha Tukar & Montashari akan parah kena dgn teams laju mcm SPA.
- Hilang konsentrasi je akan bawak masalah.
- alTemyat bagus sbg DM tapi dah tumpul dlm bantu lancar attack.

Serangan: LAJU!
- Sami alJaber amat klinikal tapi cuma leh diguna sebagai SuperSub dlm formasi 4-4-2Defensive. Taktik KSA 4-3-3Attacking

terlalu mementakan utk dia main full time.
- Kahtani pun klinikal tapi pasanagan MdNoor kurang sefahaman.
- alShlboub & Sulaimani lak kurang efektif dlm 4-3-3.
- alHawsawi cukup lincah kat RW.

Ramalan: Round 2 - kalah dgn FRA?
Coach kena bijak turunkan XI & kena bijak guna Subs mcm lwn TUN.
Kalau main laju lwn UKR & SPA, leh memeranjatkan org.
Tapi kalau nak main sabar & hati2, akan dirobekkan oleh SPA.. 9-0!
tapi kalau main sebagus mana pun, tapi kena jumpa dgn team berpengalaman, balik Riyadh la...

============================================================================================================================
TUNISIA
Pertahanan: SLOW!
- Lebih kurang KSA. Jaidi & Haggui akan teruk lwn dgn teams laju mcm SPA.
- Bouazizi bagus sbg DM tapi dah x reti nak lancar serangan.
- Trabelsi boleh off-posisi & akan timbul masalah kat pertahanan.

Serangan:
- Jeziri rajin & finisher yg agak bagus.
- Star Midfield semua malap... Namouchi, Chedli, Ghodbane, Nefti & Bouazizi dah kurang sengat.

Ramalan: Round 1
Diramal kalah kpd SPA dgn lebih bnyk gol berbanding KSA.
_____________________________________________________________________________________________________________________________


KESIMPULAN:

GERMANY - Juara
BRAZIL - Naib Juara
CZECH - 3rd
ARGENTINA - 4th

SUKU AKHIR:
SPAIN
KOREA
HOLLAND
ENGLAND

Round 2:
ECUADOR
SWEDEN
MEXICO
PORTUGAL
ITALY
AUSTRALIA
SAUDI
FRANCE

Tuesday, May 30, 2006

Jom jadi Rafa jap!...

bg atuk la kan... kalau Rafa bernasib baik... leh dpt lebih dr 50juta yg diangan2kan tu kut. so kalau atuk jd Rafa la kan... atuk buat Jualan Penghabisan Stok kat Anfield.
atuk include kan sekali Rafa nyer sales & lain2 yg mungkin atuk jual-beli.


1. Dudek (3j) + 9j CASH ---> Feyenoord
Tukar dgn Dirk Kuyt!!

2. Diao (2.5j)

3. Traore (2j)

4. Medjani (1.25j)

5. Cheyrou (2.75j)

6. LeTallec (2.5j)

7. Kewell (5j) + 7j CASH ---> Spurs
Tukar dgn Defoe!!

8. Mellor (2.5j)

9. Djib (10j)

10. Morientes (3.1j) ---> Valencia
SOLD!

11. Ponggole (4j)

12. Kirkland (2j)


bermula dgn bajet Rafa yg diberi LFC (20j). dgn tukar Dudek & Kewl + 16j, kita gak dapat Kuyt & Defoe. baki = 4j.
tapi bila dicampur dgn lagi 10 transfers lain, 36.6j!

then kita beli:
Alves (7j),
Aurelio (4.5j),
Pennant (5j),
Giuly (3j),
Torres (17j)
JUMLAH = 36.5j

lagi 100k beli la mana2 player(s) U19 yg menarik perhatian scouts Rafa.

maka dgn itu kitanya line-up utk skuad 1st Team LFC:


1. Pepe Reina (G) 31/08/1982 - SPAIN [2caps] - 53apps/-
20. Scott Carson (G) 03/09/1985 - U21 England [12caps] - 9apps/-
- David Martin (G) 22/01/1986 - U20 England [1cap]
- Paul Willis (G) 05/03/1986 - (N.Irish)


2. Jan Kromkamp (RB/RM) 17/08/1980 - HOLLAND [8caps] - 17apps/-
3. Steve Finnan (RB/RWB)24/04/1976 - REP.IRELAND [38caps/1goal] - 135apps/1goal
12.* Daniel Alves (RB/WB) 06/05/1983 - (Brazilian)
36. Antonio Barragan (RB/WB)12/06/1987 - (Spanish) - 1app/-
- Calum Woods (RB) 05/02/1987 - (English)

4. Sami Hyypia (CB) 07/10/1973 - FINLAND [74caps/4goals] - 372apps/26goals
5. Daniel Agger (CB) 12/12/1984 - DENMARK [4caps/1goal] - 4apps/-
12.* Gabriel Paletta (CB) 15/02/1986 - U21 Argentina
23. Jamie Carragher (B) 28/01/1978 - ENGLAND [23caps] - 417apps/3goals
24. David Raven (CB/RB) 10/03/1985 - U20 England Capt - 4app/-
31. Zak Whitbread (CB) 04/03/1984 - (USA) - 6apps/-
- James Smith (CB/LB) 17/10/1985 - (English)
- Danny O'Donnell (CB) 10/03/1986 - (English)
- Jack Hobbs (CB) 18/08/1988 - (English)
- Godwin Antwi (CB) 07/06/1988 - (Ghanaian)
- Miki Roque (CB/CM) 08/07/1988 - (Spanish)

6. John Arne Riise (LB/LM) 24/09/1980 - NORWAY [51caps/5goals] - 256apps/26goals
21.* Fabio Aurelio (LB) 24/09/1979 - (Brazilian)
28. Stephen Warnock (LB/M) 12/12/1981 - (English) - 60apps/1goal


8. Steven Gerrard (M) 30/05/1980 - ENGLAND [40caps/6goals] - 336apps/64goals
10. Luis Garcia (M/F) 24/06/1978 - SPAIN [7caps/3goals] - 94apps/24goals
14. Xabi Alonso (CM) 25/11/1981 - SPAIN [21caps] - 85apps/8goals
16. Dietmar Hamann (DM) 27/08/1973 - GERMANY [60caps/5goals] - 283apps/11goals
22. Momo Sissoko (DM) 22/01/1985 - MALI [7caps/1goal] - 45apps/-
25. Darren Potter (CM) 21/12/1984 - U21 Ireland [3caps] - 17apps/-
35. Danny Guthrie (CM) 18/04/1987 - (English)
38. David Mannix (CM) 24/08/1985 - (English)
- Lee Peltier (CM) 11/12/1986 - (English)


7.* Mark Gonzalez (LW/F) 10/07/1984 - CHILE [3caps/2goals]
30. Boudewijn Zenden (LM/LW)15/08/1976 - HOLLAND [54caps/7goals] - 17apps/2goals
32. Besian Idrizaj (LW) 12/10/1987 - (Austrian) - 1app/-

17.* Jermaine Pennant (RW/RM)15/01/1983 - U21 England
18.* Ludovic Giuly (RW/F/M)10/07/1976 - FRANCE [9caps/2goals]
27. Robbie Foy (RW) 28/10/1985 - (English) - 1app/-

26. Paul Anderson (W) 23/07/1988 - (English)
- Adam Hammill (W) 25/01/1988 - (English)


9.* Fernando Torres (S) 20/03/1984 - SPAIN [39caps/16goals]
11.* Dirk Kuyt (F) 22/07/1980 - HOLLAND [16caps/4goals]
15. Peter Crouch (S) 30/01/1981 - ENGLAND [5caps/1goal] - 49apps/13goals
19.* Jermaine Defoe (S) 07/10/1982 - ENGLAND [15caps/1goal]
29. Ramon Calliste (S) 16/12/1985 - U21 Wales
33. Robbie Fowler (S) 09/04/1975 - ex-ENGLAND [26caps/7goals] - 346apps/176goals



dgn skuad ni, kita leh kata lengkap... cuma CB je nampak macam x cukup cover yg berpengalaman kat EPL.
dgn skuad ni, atuk yakin LFC bukan saja mantap utk celen CHelski, tapi skuad ni jugak akan jadi asas untuk era dominasi LFC!

malangnya...
ni cuma angan2 atuk KALAU JADI RAFA, tapi jgn terkejut sebab MUNGKIN BOLEH TERJADI.
pasal Kuyt je tu susah sket. tapi sebab thn lepas Feyenoord ada usya GK, so lojik sgt la kalau kita dpt exchange + cash. cuma mungkin kena bayar lebih dari yg atuk anggar (>9j), or mungkin Dudek x dinilai setinggi atuk nilai dia (<4j). tapi yg lain2 tu, atuk rasa atuk xde la jadi Mat Jenin sgt kut.


apa kata cucu2?


~ i'll never deal alone! ~

Salah siapa permata2 Perancis x menyinar?

atuk x salahkan Rafa, atuk x salahkan GH.

kalau atuk jadi dorang, atuk gak akan bawak org kampung atuk main kat LFC.

oleh sebab itu, players M'sia/S'ngor/PJ, doalah atuk jadi coach LFC.

pesal atuk kelihatan biased?

1/ sebab atuk kenal players dr dorang kenit,

2/ atuk leh beli 10 Indera Putra, kat England belum tentu dpt beli ibujari kaki kiri StGerrard!

3/ atuk leh maki dlm BM: "paler buto ko ar! nenek aku pon leh skor tu!"... & pemain tu x tercalar maruah sgt.

4/ atuk leh bg semangat ala Aragones: "ko lagi terre dari si-ketot yg isap ibu jari tu! buktikan org M'sia terre!" ... & players lain x faham!

5/ atuk faham mentaliti org M'sia & mungkin atuk leh guna psiko sket.

....dgn syarat,
DORANG LAYAK UTK MAIN KAT LFC.


diwaktu yg sama atuk akan lelong je sumer:

1/ yg x paham apa yg atuk nak sebagai 1 TEAM;

2/ yg dibeli oleh Manager sebelumnya semata2 utk digandingkan dgn players yg dah xde kat LFC;

3/ yg x leh main/x sesuai dlm sistem/strategi baru pasukan atuk;

4/ yg perlu penterjemah bahasa utk faham cakap atuk;

5/ yg atuk x perlukan sgt, so leh dijual utk dapatkan duit tambahan;

6/ yg atuk x perlukan sgt, tapi direbut oleh pasukan lain;

7/ yg bg atuk x layak nak pakai jersi Reds.


itu yg dibuat Rafa, & dibuat oleh ribuan coach disemua peringkat.
xde pe yg baru, xde pe yg perlu tekejut.

bg atuk batch yg GH beli tu, ada potensi.
GH punya kelebihan, dia leh kenal permata yg belum digilap.
dia yg coach team remaja France mng U21 Euro.
dia yg mencungkil & gilap players muda Perancis.
(btw, GH gak yg coach Fra yg gagal ke WC94!)


LFC percaya kebolehannya yg dah terbukti di kalangan players muda.
selepas Souness rabakkan team 1991-92 dgn pembelian players tua & penyelesaian jangka pendek, & gagal gantikan players yg meningkat veteran... lembaga pengarah kembali ke tradisi "Boot-room Boys". lantik penolong manager sbg pengganti Souey, & yg lain2 dibawah Evans turut naik setakuk.

itu tradisi amalan LFC sejak Shanks, Paisley & Fagan. Dalglish memecah tradisi, jadi player-manager LFC yg pertama dlm sejarah (& menang Double kita yg pertama gak!)... walaupun dia xde pengalaman mengurus, tapi Ronnie Moran & Evans bnyk membantu.

Souey (walaupun antara legenda LFC) tidak dr Boot-room LFC, & dia terus memecahkan tradisi. bukan saja cara latihan & tradisi LFC dia tukar, bg atuk Souey yg sebenarnya membawa suwey kat Anfield. dlm masa 33bulan Souey bukan saja berjaya rabakkan team legenda, tapi gak berjaya miskinkan LFC sebanyak lebih 9j!
beli 15plyrs = 21j,
jual 18plyrs = 12j.
Chairman baru LFC - Moores - yg asek bertekak dgn dia, terpaksa jadikan dia jadi manager LFC yg pertama kena pecat, sejak DonWelsh (1956).

Evans ganti dia untuk kembalikan tradisi & kestabilan LFC.
GH digandingkan sebab kehebatan GH hidu bakat pemain muda. bukan semua players GH x bagus. in fact bg atuk, semuanya bagus & berpotensi.

tapi bila GH & Evans sering x sefahaman, LFC putuskan utk putuskan kontrak co-managing. GH dipilih untuk membentuk masadepan LFC.

Dudek dibeli lepas bolos 6gol utk Poland, tapi agak cemerlang kat LFC. bg atuk Dudek lemah konsentrasi je, selalu tertidur & macam x sedia ... so savenya selalu x bermaya.
StF wingback kanan paling digeruni di EPL masa dia kat Fulham.
Gandingan Hench-Sami mantap gila 1 ketika.
JAR hampir koyakkan jaring ManUre dgn roketnya.
Vlad & Baros gandingan Czech yg berbisa.
Heskey berjasa besar walaupun kurang skor.
semua ni GH beli, & bukan sorang pun player Perancis.

selepas 1st team mantap, barulah GH berfikiran jangkamasa pjg. senarai nama yg disebutkan KingFowl dlm topik ni, semuanya pemain UNTUK MASA DEPAN. cuma Cheyrou yg dah agak tua, dia dibeli pada umur 23, yg lain sumer... sampai skrg belum cecah 25!

FloPo masih bermain dlm team U21 France skrg (semalam skor gol freekick).

Cheyrou bukan pemain teruk, cuma haritu dia kena main midfield kiri & striker. ramai masih ingat, dia dicanang sbg Zidane baru! tapi kena ingat jugak, dia x dpt main sebab gandingan Didi-StG.

LeTallec jugak bukan striker. kalau dah dia dicanang sbg Platini baru, kenalah faham yg dia gak attacking midfldr yg merayu utk main di posisi fevret dier... posisi StG gak! yg paling menarik, dia kena loan ke Sunderland, & TERPAKSA main striker gak. kalau dah jodoh, mmg x kemana...

Medjani (serta Vignal & Aliou Diarra) adalah 3 org yg langsung x diberi peluang oleh GH & Rafa. kalau DjimiT yg gitunyer buruk leh Rafa terima, takut atuk nak bayangkan Vignal (LB) & Medjani (CB). yg pasti dah tentulah, DjimiT & Zak lebih bagus dr dorg dua tu...

pasal Djib, dah berbuih atuk citer.

so, tang mana silapnya players ni?

bg atuk, xde sapa yg silap.
dah taqdir.

GH beli utk didik & bentuk utk future LFC.
tapi Tuhan dah taqdirkan GH kena heart-attack & kena buat bypass. itulah yg mengubah GH yg gempak, mantap & degil; kepada GH yg x adventurous, playsafe & takut2. dia sendiri ngaku, kesilapan dia cuma 1 (& atuk setuju)... dia pulang ke LFC terlalu awal. dia sepatutnya rilek dulu & biarkan Thommo teruskan manage LFC sementara dia rehat.

akibatnya?
selepas kita menang 5 piala dlm masa setahun (!!!!!), kita mendatar.
GH x beri peluang utk players muda yg dulu dia sendiri yakin.
players yg harapkan bimbingan & pendedahan GH, dibiar berkulat. players yg sepatutnya digilap, terus berabuk kat Reserves.
GH takut nak experiment.
GH bagai hilang idea.
GH seolah bgtau LFC, "aku NAK majukan LFC, tapi aku takut aku mati sakit jantung".

kesimpulan:
atuk simpati kat GH & Rafa.
tapi atuk lagi simpati kat budak2 tu.
yg paling atu risau, dorang berjaya kat kelab2 lain, & kembali ke Anfield (or jadi hos kpd LFC) dan membenamkan Reds dgn gol/aksi dorang!
masa tu la baru org akan sedar yg GH memang betul dlm keputusan beli players muda dr kampung dia.
...cuma dia gagal bentukkan dorang ...tu pun sebab kesihatan.
kesimpulan lain... BUKAN CALANG2 ORG MAMPU BERJAYA JADI COACH KAT KELAB BERSEJARAH MCM LFC. Rafa salah sorang darinya. bg atuk, Rafa boleh jadi sehebat Paisley & Shanks.
atuk harap, atuk sempat tgk kita dominasi EPL & Eropah mcmana atuk sempat tgk dorang buat selama 2 DEKAD, 20-30tahun lepas.


~ i'll never be fair alone! ~

Striker mcmana yg dicari Rafa?

lama dah atuk x bebel... terpanggil pulak dek tajuk yg atuk dah kerap ceramahkan ni.

apa yg sebenarnya dicari?
ada yg x faham kenapa Rafa beli Galah dulu.
Rafa bijak, lebih dari yg disangka.

Sebaik tiba kat Anfield,
Rafa tau yg Djib terlalu laju utk semua org,
Rafa tau 4-5-1 dgn Djib sbg solo x praktikal di EPL,
Rafa tau form Away kita mesti diperbaiki.

Rafa sedar GH beli Djib utk ganding dgn Heskey, & leh gak dgn MO. tapi bila dah xde players tu, Djib cuma berguna kalau LFC main = Auxerre. counter-attack team.
walaupun Rafa main 4-5-1, dia sedar yg Djib susah nak di gabung dgn 5 midfieldnya.

Sebab tu la dia sanggup bayar 7j utk sebatang Galah yg agak bagus gak kawalan bola ditanah.
Galah nyer knockdown ke blkg, & flick-on ke tepi/depan (kelemahan Galah) leh lagi efektif dr longball utk Djib kejar.
tulah style Soton main Away. 4-5-1, midfield yg bz kejar bola x bg ruang utk lawan, Galah yg tlg knockdown & sesekali finish.
...ramai yg x sedar kita mantap away sebab Galah.

so bila dah setel tu, Rafa kena cari pasangan dia di depan, sebab kita kena ada banyak variasi, supaya lawan xdapat agak strategi kita.
players LFC kena lebih bijak kalau nak main dlm teams Rafa.

so, STRIKER pilihan mesti:

1/ dah biasa skor regular (20 semusim), lagi elok kalau dah terbukti kat EPL.
2/ boleh main posisi lain, wing/blkg srtiker.
3/ cukup laju utk saing dgn Djib, kalau Djib x dijual.
4/ boleh ganding dgn Galah utk Away games, dgn strikers lain masa Home.
5/ harga berpatutan.


sebab tu la Bent & AJ jadi sasaran.
bg atuk, dua2 adalah FINISHER (penyudah) yg bagus.
dan dua2 dah terbukti kat EPL... tu dgn team kenit. bayangkan dorang dapat supply berterusan dlm team mcm LFC...
Rafa mencari Rush & Fowler yg baru utk LFC.
Rush dibeli dgn murah (60k - Chester), Fowler fan Everton yg join akademi.
zaman sekarang dah susah nak gitu. so lojikla harga2 Bent (12j) & AJ (9j).

probnya LFC bukan jenis kelab yg nak join berebut players. bukan saja LFC x sekaya Chelski & gergasi2 Eropah, LFC gak x pernah dlm sejarah pergi berebut players.
sebab utama, kita ada reputasi. players yg sepatutnya berebut nak gi Anfield... tu je!

sebab tu la kita x teruskan usaha dapatkan Cantona, bila Leeds & ManUre mula tunjuk minat sungguh2. sebab tu lah gak kita x dapat PigShrek (aka Rooney) bila ManUre & Arse dah sungguh2. Vidic & Evra diperhati sejak zaman GH, tapi sebab LFC xnak tambah 1j lagi, ManUre dpt dua2!
& yg terbaru kita terlepas Theo Walcott yg 1 family fans karat LFC!

setau aku cuma John Barnes je yg kita sungguh2 berebut dgn Arse, Spurs & ManUre... & kita dapat sebab kita offer plg tinggi.

berdasarkan sifat semulajadi & tradisi LFC ni, dengar desas-desus mcm Kuyt pun kita x dapat dah kut, mandangkan Spurs & Newc macam mati2an.

Rafa memang kata dia sanggup all-out utk dapatkan Torres. dia minat dak tu dari kecik, & sptmana biasa ManUre (yg skrg bertaktik: curi player yg LFC dah lama target) akan menyibuk.

LFC rugi sebab kalau Januari dulu sanggup bayar 12j, kita dah dapat Torres! Skrg, 15j x tentu lagi, sebab ManUre dgr kata sanggup bayar 20j!!!

tapi ... nanti jap. bagus sgt ke dak Toreh ni?
Torres terre kat LaLiga, Kuyt terre kat Arivedersie...
tapi apa bezanya dorang dgn Djib yg terre kat Ligue1 - top scorer 2musim berturut2 sblm GH bawak dia ke Anfield)?
terletak pada kebolehan keseluruhan dorang.

Djib... speed & pikap (acceleration), finishing (bila dia cukup yakin, dia memang superb!)

Kuyt... leh main banyak posisi, & bila diletak sebagai striker utama, kurang2 1 gol dlm tgn.
itu yg LFC perlukan, & tulah sebab Kuyt jadi sasaran Rafa sejak tahun lepas.

Torres? MUNGKIN dia leh survive, sebab walaupun nampak x setough Djib/Kuyt/AJ, bg aku dia leh guna fizikal dia mcm Defoe/Bent/MO. dia pandai hidu ruang, & bila jatuh selalu dapat penalti (maxudnya mmg ye foul).

Tapi kalau sampai nak kena pilih...
Torres - 20j,
Kuyt - 16j,
MO/Bent/Defoe - 12j,
AJ - 9j,
Anelka - 6j,

kalau atuk jadi Rafa, atuk akan teruskan dgn Torres, dan pd waktu sama atuk akan dapatkan Defoe/AJ.


~ i'll never bebel alone! ~

Tuesday, May 16, 2006

Mcmana aku jadi fanatik Reds...

mula aku jadi Redder jugak menandakan mulanya aku jadi pembenci ManUre.

ayah & abang aku dua2nya kipas susah-mati (pinjam Ujang nyer terma) ManUre, gitu gak adik aku yg bakal lahir lagi 4 tahun. masa tu aku umur 8tahun. baru main bola setahun-dua, tu pun aku malas main sebab dornag main serbu je kat bola ramai2. aku dah la kenit sangat, so aku cuma dok jauh2. tunggu bola sampai... last2 walaupun aku kenit aku jadi keeper. kelebihan jadi keeper, ko leh rilek minum air, siap duduk jap pun xpe, sambil tgk dorang lain penat2 macam anak2 anjing kejar bola.

masa tu tak kenal team lagi, bukan mcm sekarang ada Astro & EPL Plus kat NST. so naturally aku x sapot mana2 teams lagi. masa tu kat Malaysia cuma ada Big League Soccer (Liga England) & Road to Wembley (FA Cup), dan Football Made in Germany (lagi 1 sebab kenapa aku sapot Jerman kat WC kut).

camnerpun aku tenguk bapak & abg aku walaupun x fanatik sgt (mungkin sebab masa tu ManUre setakat ok je), tapi dorang ada gak cuba tarik aku untuk jadi pemuja Setan Merah. mujo iman aku kuat... mungkin sebab aku benci Setan, aku x tergoda.

mungkin sebab team satu ni lawan team yg pakai belang itam-putih, walaupun dorang pakai kelabu (disebabkan TV hitam putih) aku pilih dorang. kemudian bila aku tau yg dorang pakai sumer merah, lagi la aku suka! nampak garang, semangat... camner pun mungkin sebab aku suka berlawanan dgn arus perdana, mungkin sebab aku x nak jadi pengikut bapak&abg aku... bila dorang sapot team belang itam putih tu, aku terus sapot team baju kelabu.

ke sebab aku kesian kat underdogs kut? sebab aku jugak ingat last sekali bila bapak aku tanya aku nak sapot team yg mana, & dorang kata yg baju belang dah tentu menang, tah kenapa aku pilih untuk sapot "underdogs" (bukan fevret).

perlawanan tu gak perlawanan pertama aku tgk LIVE bola. Newcastle vs Liverpool. tahunnya 1974. gamenya FA Cup Final.

sebelum mula game aku gak dapat tau yg team yg aku akan sapot tu bukan calang2 team sebenarnya. aku gak dapat tau yg team tu jadi Juara Liga pada tahun aku lahir, & sejak tu x pernah dapat lagi rendah dari no5 dlm Liga. LFC dapat naib juara musim 1973-74 tu, dan baru tahun sebelumnya menang Liga buat kali ke-7. so aku pelik kenapa bapak & abg aku benci sangat dorang ni. bukan ke dorang leh dianggap fevret berdasarkan statistik2 tu? aku rasa tu pengajaran pertama aku camner ManUre fans benci LFC.

newayz comentator bgtau yg Newcastle memang fevret. dorang cipta rekod, layak ke FACup Final buat kali ke-11, & kalau menang kali ni, dorang gak akan pegang rekod sebagai pemenang paling banyak FACup. bukan je dorang ada striker England paling gempak time tu - Malcolm McDonald, dorang gak ada players kebangsaan - Bobby Moncur, Ian McFaul, Tommy Cassidy, Jim Smith & David Craig.
dorang gak ada 2 bintang muda England U-21, Alan Kennnedy & Terry McDermott (yg x lama pastu dua2 join LFC!). aku ingat gak yg bapak aku sibuk ulang camna Malcolm heboh kat papers UK yg dia akan rabakkan barisan bek LFC.

bila mula game barula aku dapat tau kenapa bapak aku konfiden sangat dgn si-Malcolm tu. rupanya LFC nyer BekTgh yg besar & solid - Larry Lloyd - injured awal2 musim & sejak tu yg gantikan tempat dia, mamat muda yg tinggi sekeping nama Phil Thompson. Thommo nampak macam lemah je nak celen Malcolm tapi bila bola 50-50 dia selalu menang! dia gak rajin mati2an. tapi yg paling aku suka bila dia dapat bola, dia cool gila! siap konfiden untuk tunjuk skil lagi lak tu! bila Malcolm gagal rabakkan mamat tu, aku makin suka team nama Liverpool ni.
Kapten LFC pemain serba boleh & cukup bersemangat. nama Emlyn Hughes, & dlm game tu dia main bek & dia banyak tolong rilekkan defence. striker kita masa tu Keegan & Toshack, Heighway main sayap, Callaghan kat midfield.

sebenarnya aku x ingat sangat 1st half sebab x bnyk berlaku. cuma bila Thommo tekel or clear bola dari Malcolm aku rasa terpanggil utk bersorak sket, & bila bek dorang Kenny Hibbit cedera lutut masa dekat2 nak halftime tu je la yg aku rasa aku teruja sket!

yg sure bapak & abang aku dah start resah & fras kut. aku cuma dok tersengih sendiri sebab bapak aku dok start kutuk Malcolm bodoh x reti nak beat dak muda yg nickname Thommo tu. aku gak dapat tau yg fans ManUre xkan puji players LFC, dorang cuma kutuk ref, or player yg dorang sapot tapi tgh tewas dgn Reds.

bg aku lak, aku suka bila Thommo tgh atasi Malcolm sebab secara simboliknya, tu menunjukkan kemenangan yg muda vs yg tua (aku vs bapak&abg)! dlm diam2 rupa2nya aku dah pelan2 bertukar jadi penyokong Reds...

1st half x ingat sgt, tapi 2nd half memang aku ingat lagi. antara kenangan manis aku sapot LFC selama 32tahun.

2nd half baru lagi start & aku dah melompat sorak bila Lindsay skor!... tapi aku digelakkan bapak & abg aku, OFFSIDE! masa tu aku x faham sgt rules offside tapi bagi aku dendam aku dah terpahat! gelak ek? xpe... aku dok lek diam2 sambil maki dlm ati... berani dorang gelakkan aku... dorang gelakkan ek team yg baru aku start sapot ni!

...aku rasa tu la gak startnya aku doa dlm ati time tgk bola. aku rasa dlm masa 10minit je kut, doa aku dimakbulkan bila Tommy Smith cross & KingKev rembat masuk dr dekat penalty spot! YESSSS 1-0! penyokong2 ManUre yg tumpang sapot Newc tadi dah mula x bersuara. suara bapak aku pun dah start lain macam.

lebih kurang lg 10minit aku ingat lagi camner Toshack tanduk ke blkg & Heighway yg kat blindside rembat... 2-0!! it was fcukin unbelievable!!!

abg aku muncung sebatu naik atas gi bilik dia... aku x tanya pun, tapi dia mcm jawab soalan antu lak bercakap sorang masa naik tangga: "Abang bukan sapot Newcastle pun!"
watever ... apa2hal aku selibret sorang2. aku dah start jatuh cinta dgn team "underdogs" ni. mula dari saat tu aku iringi setiap pergerakan cantik dorang dgn "wah", "fuh", "perh", "wuu" dan lain2 bunyi efek yg membakar taik telinga bapak aku!

kat atas padang Wembley tu, aku terpegun tenguk cara Reds pass bola serata ceruk ke kaki kawan! hebat cara dorang nyer long ball dari satu sayap ke sayap lain, & bola2 silang dari bekKiri ke sayap Kanan, & bek Kanan ke sayap kiri! (saper kata longball bukan style LFC? cuma kitanya longball "ada class", bukan main lentum je!)

masa tu gak aku 1st time dengar ribuan orang bersorak ramai2... "LI-VER-POOL", "L-I-V, E-R-P, Double O-L", "When the Reds go marching in" antara sorakan2 cheering yg pertama aku belajar. pastu aku dengar dorang nyanyi... "walk on, walk on.." tah naper bila tiba kat "you'll never walk alone" tu aku meremang lain macam! lama lepas tu baru aku tau yg lagu tu pasal roh org yg baru mati, tapi masa tu aku bayangkan macam hantu lak yg nyanyi kat kita... "ko x kan jalan sorang2"...

kali kedua dorang ulang aku dah start join pelan2.
dorang baru nak ulang kali ketiga lagu berantu tu, bila tiba2 Smith & KingKev main 1-2 (wall-pass) & Smith cross & KingKev skor 2nd gol dia... 3-0!!!
aku melompat & bersorak mcm dakcik gila! sampaikan bapak aku ugut nak tutup TV & aku dekat2 nak nangis!

newayz bila final whistle, bapak aku tinggalkan aku tgk sorang2 masa Hughes naik amek Cup. masa nak amek medal, Thommo kena sekat dek sorang security guard yg x perasan Thommo salah sorang bintang haritu. dahla sebelum tu Paisley (penolong pengurus masa tu) kena tolak & halang dek pakgad dari join rai kemenangan!! time tu gak la fans dok menyembah tanah depan Shanks.
sayang musim berikutnya, lepas umum beli star striker Arsenal - Ray Kennedy, Shanks umum persaraan!!!

camnerpun, ari tu kemenangan pertama LFC yg aku tgk, & aku jatuh cinta terus kat Reds! sejak aritu aku kumpul majalah Shoot (masa tu $1.40 je kalau x silap aku) & simpan SETIAP keratan akhbar yang ada tulis nama kelab fevret aku. untuk buktikan yg aku (walaupun sorang diri sapot LFC) adalah "a bigger fan" dari bapak&abg aku, aku jadikan Liga Inggeris & bola sebagai fevret subjek & hobi aku.

& the rest is history!


~i'll never terkenang alone!~

Monday, May 15, 2006

SIAPA PEMAIN LFC YG AKAN DIJUAL?

Sekurang2nya SEPULUH, malah mungkin seramai 16 org (1 skuad = 2 GK, 5 Bek, 5 Mid, 4 Penyerang), yang akan mula musim 2006-07 kat kelab lain!

Laporan akhbar kat UK kata Rafa dah ready utk jual/dengar tawaran utk players ni:

1/ Fernando Morientes (dah tak sehebat dulu sblm dtg ke LFC);

2/ Zak Whitbread (disewakan ke kelab bawahan utk dptkan pengalaman);

3/ Djimi Traore (tak cukup bagus utk LFC) - Everton nak beli dia sangat musim lepas;

4/ Neil Mellor (semakin debab, tak sesuai utk LFC);

5/ Chris Kirkland (mudah cedera);

6/ Florent Sinama Pongolle (peluang tipis utk main ke11an utama);

7/ Anthony Le Tallec (masalah sikap, tak sesuai utk LFC);

8/ Carl Medjani (Rafa tak pernah minat);

9/ Bruno Cheyrou (gaji tinggi, tak konsisten, cuma boleh 1 posisi)

10/ Salif Diao (tak sesuai dgn EPL).

selain dari 10 tu, kalau betul GedH tawar £10j utk Djib, hampir pasti LFC akan jual.
yg terbaru, Djib merayu kat Rafa supaya tak dijual.
sebab utama, gaji Djib yg tinggi, so rugi sebab dia tak digunakan - tapi bagi aku RUGI BESAR jual Djib. masih muda, amat laju & ada potensi - masalahnya tak dapat main sebagai striker utama.

juga yg terkini, Luis Garcia MUNGKIN terpaksa pindah balik ke Sepanyol, sebab bininya rindu kampung. kalau betul, kita RUGI lagi! sebab bagi aku selain LG, kita tak ada senjata sulit. LG bijak cari ruang, teknik tinggi, skill bagus, & yakin utk cuba skor gol susah.

ada jugak kabar angin kata Harry Kewell (tak konsisten, mudah cedera, gaji tinggi & dah ada pengganti - Gonzalez), dan Jan Kromkamp (tak sesuai dgn EPL) jugak mungkin akan dijual.
Bg aku, Kewl mungkin berbaloi dijual.
Tapi Jan, terlalu awal. dia masih muda, belum dapat peluang, nampak lebih mantap dari Nunez yg cuma tahan semusim di MidKanan.

Selain dari tu dengar kata Rafa akan pertimbangkan jugak kalau kena harga yg ditawarkan untuk Scott Carson dan Stephen Warnock.


yg lebih menarik, Rafa mengahantar peninjau ke serata kelab kecil untuk jejak bakat bintang2 muda, utk kukuhkan lagi skuad Reserve. seolah menang Youth FA Cup tak cukup lagi buat team pelapis LFC.


~ ko takkan jalan sorang2! ~

Monday, May 08, 2006

SNEAK PREVIEW... The REAL 06-07 LFC Kit!!!

earlier some creative & artistic guys created a few design mock-ups... i posted them in my Jan 5th post.

well..

now i believe this COULD be the new kit, leaked by someone @Adidas.


Home



Away #1


Away #2


Keeper's #1


Keeper's #2



Order now...
cuma RM300...
i guess.

Tuesday, April 25, 2006

Kenapa Chelski kalah Semi FACup

Aku cukup puas hati bila Liverpool kalahkan Chelsea dalam SemiFinal FACup hari tu.
Biarlah Blues dah kalahkan Reds 8 dari 10 perlawanan sebelum ni, tapi aku lebih suka bila kita terus jadi perosak impian team billionaire Roman tu. Kalau musim lepas kita hancurkan mimpi dorang, cita2 terunggul setiap team Inggeris, dapat Double EPL & CL; musim ni Domestic Double EPL & FA pulak terhalang!

So kenapa kita boleh menang pulak, leading 2-0 & mencari gol ketiga bila mana dulu kita kena koyak 1-4, antara keputusan terburuk kat Anfield dalam sejarah Liverpool FC!
2 sebab...
Moronho menampakkan kemoronannya...
manakala Rafa teruskan Rafalusi (Rafalution) nya.

Mula2 dalam bhgn 1 ni, jom kita tenguk kesilapan Jose Moronho

Tak kira lah apa Jose merapu dalam temuramah selepas perlawanan, yang pasti dia sendirilah sebenarnya arkitek yang bertanggunjawab dalam kejatuhan Chelsea kat OldT hujung minggu lepas. Rafa lebih bijak, Liverpool lebih bermati2an, strategi Jose dah dijangka Rafa, tektik Blues dah dibaca Reds.
Liverpool memang lebih layak ke Final.

So apa yang punca kebodohan Jose sebenarnya? Atau dia terlalu bijak sangat sampai nak kena usik benda yang dah sempurna seadanya? Kalau dulu Ranieri suka rotate pemain supaya players tak terlalu letih, aku kurang faham kenapa Jose perlu jadi tikus yang nak membaiki labu...Tah la dia...
Newayz, jom tenguk barisan pemain Jose turunkan...

Atas kertas 4-4-2:
----------Crespo---Drogba
Essien---Lamps---Makelele---Geremi
DelH---Gallas---Terry---Ferreira
-------------Cudicini

Tapi strategi Jose atas padang,
4-4-2 Diamond:
----------Crespo---Drogba
--------------Essien
---------Lamps------Ferreira
--------------Makelele
DelH---Gallas---Terry---Geremi
-------------Cudicini


Yang boleh berubah kepada 3-5-2/5-3-2 mengikut keperluan:
DelH---Lamps---Essien---Geremi---Ferreira
--------------Makelele
---------Gallas-----Terry

ATAU

----Lamps---Essien---Ferreira
DelH-------Makelele------Geremi
-----Gallas-----Terry


Dari line-up & taktik Chelsea, kita boleh tau apa dalam minda Jose
Pertahanan & Midfield:
1/ Untuk kekang midfield Liverpool yang Jose tau memang kuat, trio Lamps-Essien-Geremi dilagakan dengan trio Xabi-Momo-StG.
2/ Makelele akan mark LG/StG yang mara dari tengah midfield.
3/ Guna kelajuan DelHorno untuk kejar Djib (kalau main).
4/ Guna Geremi sbg Bek Kanan untuk bantu Ferreira (Midfield Kanan) kawal Kewl.

Serangan:
1/ guna DelH & Ferreira sebagai wingbacks mara kat dua2 belah sayap.
2/ guna Essien sebagai Attacking Midfld. Dengan bantuan Lamps & Ferreira.
3/ Rasakan gandingan Crespo-Drogba lebih berkesan; dari Drogba sebagai solo striker dibantu oleh Midfield yang attacking.

Nampak mantap?
Tapi aku rasa Jose dahpun dedahkan kelemahan (psikologi) bila buat perubahan untuk kekang team yang tak ada harapan untuk menang Liga musim depan.
Samada dia tak percaya dengan barisan midfield yang attacking (Robben-Cole-Makalele-Lamps-Duff) yang memang pun tak sekuat dalam pertahanan spt Midfield Reds (Kewl-Xabi-Momo-StG-LG)...
Atau Jose rasakan Chelsea boleh kawal Midfield dengan gandingannya yang dia letakkan?
Bottomline bagi aku, Jose silap pilih ke11an utama...

Cudicini
Mungkin Jose dah janjikan Cudi yang dia akan terus main dalam FACup? Tapi mungkin kalau Cech yang lebih tinggi, dah dapat capai shot Riise & semestinya lagi susah untuk LG lob.

Geremi
Biasanya main kat midfield. Bagus menyerang, bila bertahan lebih mantap dari Duff/SWP, tapi bukan saja dia senang dibelitkan oleh Kewl, malah langsung tak menyumbang dalam serangan.

Del Horno
Kononnya diguna sebab kebolehan menyerang & kepantasan kejar Djib dahla tak dapat nak lepas StG & StF, tak sempat bertahan sampai Djib masuk pun. DelH main separuh pertama je. Sepatutnya guna Gallas yang terbukti berkesan kawal StG & LG dalam perlawanan2 sebelum ni.

Gandingan Carvalho/Huth & Terry memang lagi kurang mantap, tapi walaupun Gallas diletakkan di Fullback (Bek kiri/kanan), dia tetap sentiasa bantu pasangan Bek Tengah. kalau Jose hendak tukar ke 3-5-2/5-3-2 pun masih boleh. Gallas boleh serang dari sayap, & juga boleh join trio di Bek Tengah, Geremi ke sayap kanan, Makelele sebagai sauh di Midfield.

Di Midfield juga Jose silap percaturan
Dah sebut tadi, Jose pilih untuk letak Midfield yang solid & bukan yang menyerang.

Makelele
Bagi teams yang guna SEORANG Anchorman (sauh) Defensive Midfielder yang main didepan pasangan Bek Tengah ada 1 kelemahan. Bek perlukannya untuk salurkan bola ke atas. Kekang sauh, bola tak dapat keluar dari barisan bek dengan cepat. Milan tak berfungsi baik bila Pirlo kena mark, Juve pun sama pincang bila Viera takada. Tu kelebihan Liverpool, kita ada 4 orang yang boleh main Anchorman (Xabi, Didi, StG, Momo) dan selalunya 3 akan bermain, & dari 3 ni SEKURANG2NYA SORANG akan sentiasa sedia bantu Bek Tengah.
Sebelum ni Chelsea cuma kalah 3 perlawanan. Persamaan dalam tiga2 perlawanan Makelele dikawal rapi. Scholes, Deco & Rosenior ditugaskan untuk kawal Makelele setiap kali SELESAI Chelsea diserang & pasukan mereka hilang bola kepada Chelsea. SEBELUM bek dapat ke depankan bola. Hasilnya ManU, Barca & Fulham menang. Begitu jugak dalam perlawanan2 yang Chelsea cuma mampu seri, kebanyakannya sebab sangkut di sauh. Masa lwn Liverpool, LG ditugaskan untuk kawal Makelele, & jelas yang LG menang!
KALAU Jose gunakan Gallas di fullback, lebih mudah ubah ke 3-5-2/5-3-2, kurang tekanan pada Makelele.

Lampard
Tujuan letak Lamps di kiri sedikit adalah supaya dia dapat bertembung dengan StG & kawal rapi rakan pasukan Englandnya tu. Tapi bila Lamps tak ditengah, Jose terpaksa meletakkan pemain lain untuk mengepalai serangan dari Midfield.

Essien
Pilihan yang silap. Mungkin Jose nak buktikan yang Essien berbaloi pada harga PS24juta, harga yang sama untuk StG or mungkin Jose terkenang gol Essien jaring lwn ManU tahun lepas? Yang penting, tak kirala apa kata kelab lamanya, tak kirala bagus mana dia musim lepas dia bukan StG. Malah dia bukan sehebat LG pun! Kehebatan Essien pada kekuatan fizikal & kebolehan tekel, bukan shot dari jauh, bukan cari ruang untuk tembusi Xabi-Momo. Jadi bila letak dia di belakang pasangan strikers (in-the-hole/backup striker), kebolehannya terus tumpul. Malah bagi aku Jose cemari posisi yang juga dikenali sebagai Dalglishs role bila letak dia situ; Essien bukan pencipta yang kreatif, tapi pengekang-pemusnah.. Kalaupun dia dapat kawal Xabi (spt mana Makelele dikawal), Momo masih ada untuk tolong salurkan bola ke depan. JoCole lebih sesuai.

Ferreira
Pilihan yg paling pelik! Jarang dapat main kat Bek Kanan, tapi bukan saja Jose pilih dia (& bukan Geremi???!) kat Midfield Kanan, tapi jugak bagi dia lesen sebagai wingback kanan! Mungkin Jose harapkan Ferreira supaya kekang Kewl dari Midfield. Tapi yg pasti, senang gila Kewl melepasi dia & Geremi! Aku rasa sekurang2nya Jose sepatutnya meletakkan Robben/Cole bagi posisi Midfield ke-4 ni. Robben boleh main kiri & kanan. Chelsea tidak perlu 2 sayap, memadai cara Liverpool yang cuma gunakan 1 sayap sejak musim lepas. Tanpa sayap atas padang (tapi ada 3 kat bangku), ditokok pulak dengan dua2 wingbacks tak bantu serangan, Chelsea cuma boleh serang melalui tengah padang. & bila StG turun tolong Xabi & Momo, sekian saja persembahan Midfield Chelsea.


Crespo
Bazir sejam yang diberi. Kalau Jose nak sangat main game bosan kat Midfield sepertimana yang dia jangka & rancangkan, aku yakin 4-5-1 dengan Drogba, lebih efektif. Mungkin Jose ingat Crespo boleh skor 2 gol 1st half kut, mcm untuk Milan dulu...

Drogba
Walaupun dia skor sebab JARiise bengong jap, Drog bazir peluang keemasan, DUA KALI masa kedudukan 0-0! Jose seperti biasa terlupa mcmana Drogba offside 2meter tapi tendang lepasi palang; masa Jose bagi alasan kalah sebab "setiap keputusan penting (yang dibuat Ref) memihak kepada Liverpool! Mungkin sebab bola tu tak masuk kut, kalau masuk tentu dia takkan cakap macam tu! Nak bet?

Subs:
Bila Robben masuk halftime ganti DelH, bukti Jose tertipu & terpaksa tukar strategi.
3-5-2 terpaksa jadi pilihan.
Tapi bila LG lebih laju dari Ferreira & Gallas untuk jadikan skor 2-0, Jose terpaksa fikir untuk dapatkan gol semata2. Duff ganti Geremi, & Cole ganti Crespo. Formasi terpaksa ditukar lagi 3-1-5-1.
Di akhir2 perlawanan, Terry main sebagai striker dalam formasi 3-5-2 & Cudi turut naik serang untuk dua corner berturut2

Yang pasti, bukan salah Ref bila tembok memboloskan shot JAR.


Bukan salah Ref bila Terry tekan bahu JAR untuk skor gol penyamaan yg dibatalkan.
Semestinya bukan Ref yang letak ke11an utama yang lebih defensive.
& bukan Ref yang tersilap jangka & pandang rendah kebolehan Reds menyerang.

So what kalau rekod Rafa Jose sekarang pada 2-8?
Yang penting bagi aku, selain dari Liverpool halang Chelsea dapat Double yang betul2 bermakna; kalau Jose nak berkira sangat, aku nohal...
Jom!

Liga: 18-2
Piala Eropah: 5-0
Piala FA: 6-3
Piala Liga: 7-3
Piala CupWinners: 5-2
Piala UEFA: 3-0
Piala Super: 3-1

:-)

Thursday, January 05, 2006

EXCLUSIVE... NEW LFC 2006-07 JERSEY!

kalo korang x tau, Reebok akan dibeli oleh Adidas.

kontrek jersi dgn Reebok akan tamat & pada mulanya LFC jadi rebutan antara Nike, Umbro & LACOSTE (Crocodile - dekat RM600 sehelai!).

last2 LFC sign kontrek RM70j x 3tahun...

& skrg LFC ada 3 pilihan jersi utk musim 2006-07. blom decide, tapi xpe, jom kiter berangan jadi Chairman Moores & tolong pilihkan yg mana 1...

A...
cantik & paling mahal...


B...
smart, tapi macam Middlesboro


C...
simple & sempoi


kalo aku, aku pilih C. kalo ko?

Monday, January 02, 2006

Reviu 2005

lfc.tv ada buat interview yg serupa pada Rafa, StG, LG, dll. kalaulah diorang interview aku pasal tahun 2005, ginila kut bunyinya...

How was 2005 for you in footballing terms?
[Dlm ertikata bolasepak, bagaimanakah 2005 bagi anda?]
Mula dengan SAKIT...
Ramai sangat yg cedera! Semua pernah injured sekurang2nya sebulan! Pernah satu masa 11org players yg dijamin first choice (kalau bukan kat LFC) terlantar!
Sakit kepala...
..fikirkan macam mana Rafa nak form satu team yg kuat dan konsisten.
..ada 5 strikers tapi semua injured!
..Beli Nunez dlm keadaan injured, Carra renew kontrak masa kaki patah, Baros & Cisse pun join patah gak!
..Kewl injured serata tempat mula dari bawah pusat;
..Kirky & Smicer long term;
..Moro, LG & Josemi buktikan yg EPL jauh lagi keras dr LaLiga.

Sakit jiwa...
...bila kita dapat 20 corners tapi masih kalah!
...dapat 28 try, tapi 1 pon x masuk!
...main lawan 10org tapi kedudukan x berubah!
...menang kat CL lawan Chelski, kalah kat EPL lawan Portsmouth 2 hari lepas tu!

Sakit hati...
...bila 3 kali x dapat penalti vs Chelsea (EPL)!
...Monaco menang dgn gol yg dimula dari kawalan handball!
...bila Everton skor nasib, lepas tu defend 11org blkg bola!

Sakit mata...
...tgk Chelski & RealMad beli players sesdap ati atok diorang!
...tgk nEverton amek kesempatan curi #4 sebab LFC lebih terre kat CL dr EPL.

Sakit telinga...
...dengar camner RioF kata "terlupa kencing";
...PigShrek yg lahir kat Liverpool kata ManUre lagi gempak dari LFC;
...Moronho perasan diri "1 yg khas" (Special One);
...Diop (chairman Marseille) x malu kata "Essien = StG";
...dengar Djimi kena gelar "badut" vs Burnley.

Sakit 1 badan...
...bila Sheppard offer 16j utk Owen (2X RealMad beli dr LFC!);
...bila StG kena usya dek kominis Biru LAGI SEKALI!

kesimpulan: FRAS!
FRAS dari akar umbi...
FRAS Chairman Moores... diayat CEO Parry supaya jgn jual saham kat L4 konsortium/Kraft family.
FRAS fans LFC... yg terlalu cepat kutuk & givap kat Rafa tanpa bg peluang abih 1 musim!
FRAS players baru... merana atas kesilapan pihak2 lain. LG (silap genetik ketot), Nunez (silap join team), Josemi (silap join Liga), Moro (silap tahun), Cisse (silap Lucas Neill), Xabi (silap Lampard), Gonzalez (silap Chile & FIFA)
FRAS Dudek selalu terlena... Save yg susah, bolos yg senang!
FRAS RB & RM lemah... StF,Josemi,Nunes,LG,FloPo semua gagal bg servis dr kanan. sampai tepaxa kena guna Cisse (bazir kebolehan skor) & StG (bazir kebolehan menusuk ke dlm box dibelakang strikers & menghadkan ruang bergerak)
FRAS LB & LM x konsisten... Traore, Warnock & Riise kejap bagus kejap hampeh! Vlad, LG & Kewl lak leh main kejap2 je!
FRAS CB x stabil... Carra kejer keras utk cover kelembapan Sami/kegelabahan Djimi, dia injured abih citer! Zak & Raven sekadar pelapis yg masih ingusan.
FRAS Midfield x dapat gandingan yg terkuat... StG, Didi & Xabi x ada peluang main serentak.
FRAS Strikers samada tumpul/langsung x ujud. Dah kalau StG, LG & Kewl kena jadi top striker, maxudnya dah kritikal la tu!

...tapi takpe. sebab 2005 berakhir dengan SAKTI!...
Terlalu banyak benda sakti!
Semangat sakti...
macamana Arsenal, Olympiakos, Chelsea, Juve & ACMilan merasa kesaktian LRC.
Games Sakti...
-lihat atas-
Fans Sakti...
4 teams tu merasa kesaktian suara 40ribu Koppites . Milan nasib x baik... walaupon game kat Istanbul, tapi mula dr 2ndhalf,rasamacam main kat Anfield!
Gol Sakti...
Mellor vs Arse, StG vs Olympiakos&ACMilan, LG vs Chelski & Juve, VladSmicer vs Milan!
Keeper Sakti...
Lets do the Dudek Wave! ("Du Dek.. Du Dek.. Du... Dek Dek Dek!" - dgn melodi "Do That"). Aku masih ingat lagi "lutut jeli" Grobla, & now ada kenangan baru re:Penalty Shoot-outs! :-))
Bek Sakti...
Carra!!! Betul kata GHoullier: "Semangat Carra sepatutnya dibotolkan & dijadikan contoh ertikata semangat Liverpool".
Midfield Sakti...
StG-Xabi-Momo sehebat Souness-RKennedy-McDermott / Souness-Whelan-Lee
Scorers Sakti...
kenapa x striker sakti? sebab kita x perlu Owen (20gol semusim). kalo StG leh terus skor (skrg dah 14gol dlm 28games -31/12/2005) & LG leh curi skor gol2 penting, aku x risau sgt LFC x ada out&out striker. TAPI... saper kata LFC x ada top striker?? Djib tetap top bg aku!
...& yg plg buat aku teruja... kita ada senjata sakti yg 1 dunia x ada!
GALAH SAKTI!...
aku sekali pon x pernah pelik kenapa Rafa beli dia, or risau Galah x skor2. bg aku Galah bnyk menyumbang kpd gol2 LFC musim ni. bg aku bila dia assist or 2nd-assist, tu dah sama bernilai macam dia skor gak. x penting saper skor, yg penting gol tu dikira. cuma fans yg buta je x nampak betapa tinggi nilai Galah dlm team skrg. dia PERFECT bg strategi & cara play Rafa's LFC. neway bg aku Galah cuma perlu pecah telor tembelang dia je, skali dah skor, dah x leh stop!

kesimpulan jawapan soalan:
2005 ... adalah SEBAB kenapa aku gila bola & support LFC dr umur 10thn.


What was the highlight of 2005 for you and why?
[Apakah kemuncak 2005 untuk anda & kenapa?]
Menang Champions League! Kali ke-5! ManUre menang berapa kali? Arse & Chelski penah masuk final ke?


What was the lowest point of 2005 for you and why?
[Apakah titik yg paling mengeciwakan dlm 2005 utk anda & kenapa?]
nEverton dapat #4 & LFC kena main qualifiers sebagai JUARA BERTAHAN! sejarah tu!!


What has pleased you most about the way your team has developed over the last 12 months?
[Apa yg paling menggembirakan anda tentang bagaimana pasukan anda telah berkembang sejak 12 bulan yg lalu?]
Players dah leh faham mcmana teammates fikir/move/play. Hasil? Mantap defence & midfield, bahaya masa menyerang! Sbenarnya, basically sejak bday aku (& Rafa) 2005, LFC makin improve. Sejak November pulak aku dah sronok tgk LFC main. INILAH LFC yg aku kenal masa mula2 tgk dorang main tahun 1976. hmmm... zaman kegemilangan kembali?


Who was Liverpool's Player of the Year?
[Siapakah Pemain Terbaik 2005 untuk LFC?]
Ramai sangat! Leh kata hampir semua layak menang!..
Dudek yg selamatkan penalti dlm Final CL.
Kirky yg malang asek injured tapi terus gigih.
Pepe yg musim ni setaraf dgn Cech & Grobla.
StFinnan yg sebagus masa main utk Fulham dulu.
Carra yg sebagus Lawrenson+Adams+Bruce.
Sami yg bukan saja se-slow Baresi/Hansen, tapi baca game se-hebat Baresi+Hansen.
Zak yg tekun belajar dgn abg Saminya.
Raven, Welsh & Potter yg tunjuk kemampuan bila diberi peluang.
Djimi yg kebal & kental walaupon kena kutuk abis2an.
StWarnock yg ditukar dari LeftWing ke LM ke LB, dgn jayanya.
JARiise yg ada kombinasi baik (dgn Djimi) bila main kat LM.
StGerrard yg jauh lebih bagus dr Lampard/Essien.
Xabi yg sehebat StG dgn pass/cross 60-80m.
Momo yg sebersih Didi, tapi sekeras Souness/Viera/Keane.
Didi yg dah tua tapi masih kental & bersih.
Nunez yg walaupun ketot & x reti cross, tetap leh skor gol2 penting.
LG yg walaupon ketot leh skor superb headers, x campur gol vs Juve!!!
FloPo yg hebat vs Spurs (CC Semi).
LeTallec & Mellor yg degil x mau dijual.
Djib yg kembali dr hampir kena kudung!
Moro yg walaupun dipinggir&disingkir, walaupon x sesuai dgn speed EPL, tapi berani sahut cabaran, dari pergi jadi jutawan segera kat Monaco.
Galah yg makin dihargai & disayangi.

Cuma 2 org je yg bg aku kurang layak menang anugerah ni...
Josemi yg slo & senang injured, & x kan dpt seswaikan diri dgn EPL; dan
Baros yg syok sndiri & main x tgk kawan.


Who was Liverpool's Most Improved Player?
[Siapakah pemain LFC yg paling meningkat prestasi?]
Semestinya Carra, StG, LG & StF main jauh lebih bagus dari dulu. Syarat penting mesti konsisten bagus. Dulu LG mcm biskut, kejap ada kejap x ada. tapi sekarang dah bijak bahagi masa... bila nak cari ruang, guna skil, jolok thrupass atau try skor.


Be honest, at the start of the year what did you think Liverpool would achive in 2005?
[Secara jujur, apa yg pada mulanya anda fikir LFC akan capai dlm 2005?]
#4 dlm EPL & menang CarlingCup (Piala Liga).


What were you thinking when AC Milan scored their first goal?
[Apa fikiran anda bila AC Milan skor gol pertama?]
"HUH!?! Dah gol??" Aku senak sikit. Bayangkanlah... Dah la team Serie A! ACMILAN!?! Nesta, Stam, Maldini??? Cuma bagi aku mujo masih awal lagi... baru 3 minit!


And what were you thinking when the second went in?
[Dan apa yg anda sedang fikirkan bila gol yg kedua masuk?]
"AAAAAAAAAARGGHHHHH!!! 1 x leh,nak skor 2???"


At half-time - if you're honest - did you just want the game to end?
[Pada separuh masa, secara jujur, anda mahukan perlawanan tamat?]
Otak aku melayang ke Final Barca vs SteauaBucharest... 4-0! aku cekalkan ati, x kan la Reds akan kalah 0-4 or LEBIH!?! Dlm ati aku, aku pasti kalau Milan skor lagi sejibik, aku nak masuk tidur! x sampai ati aku nak tgk Reds kesayangan dikoyak lebih teruk lagi! Selepas x ada mud nak tgk dgn geng (mana x nya, baru nak join diorang, Milan dah leading 1-0!), aku tebalkan muka utk join 2 teman Redders aku utk tgk 2nd half.
Yg sorang tu - Z - masih cayer yg LFC leh skor, kurang2 utk pulih maruah. Tapi aku & A dah down abis... dok doa janganlah Milan skor. tapi disebalik keperitan tu, aku terbayang StG main mati2an mcm vs Olympiakos... aku pasti, 1 gol utk LFC, kita akan go all out dgn lebih yakin. 1 gol lagi utk Milan... byby EuroCup No.5!


When that early goal arrived did you think 'we could do this'?
[Bila gol awal LFC dijaringkan, adakah anda terfikir yg 'kita boleh'?]
YEAHHHHHHHHHHH!!!!! Segala sangsi terus hilang! Aku pasti StG akan skor! Aku kembali percaya kat LFC. Aku yakin, skor lagi 1 & Milan akan runtuh dgn penuh gabra!


Describe your emotion when Dudek saved Shevchenko's penalty, what was the first thing that went through your mind?
[Gambarkan emosi anda bila Dudek selamatkan penalti Shevchenko, apa yg mula2 terlintas di fikiran?]
SYUKUR ALHAMDULILLAH!!! NO.5!!!!! Kitorang bersorak kul 5-6pagi, x peduli org yg tgh tidur nak gi skolah esok.


Was there a great feeling of pride personally?
[Adakah anda rasa amat bangga secara peribadi?]
Bukan aku yg main atau jadi jurulatih...
Camnerpun tiba2 aku x lagi fras segala kalah & draw sepanjang musim... bagi aku 1 je. segala ketidakadilan yg LFC terima sepanjang musim... dah terbalas. ada pepatah bolasepak... "All things even out at the end of the season" -- segalanya akan terbalas pd hujung musim. maxudnya, team yg layak menang akan tetap menang, team yg guna tektik kotor (rasuah, dpt fevretisme dr ref, manipulasi, membuli, bg pressure kat ref/pegawai, main kotor/mengelat), akhirnya akan kalah... dan team yg dianaktirikan/dijadikan mangsa, yg akan ditakdirkan menang. Tuhan bersama orang2 yg x putus asa, yg yakin pada diri sendiri, yg x takut pada makhluk Allah yg lain... kesedihan kalah pada musuh terpalat ManUre, nEverton & kini Chelski, akan terus terubat!
Cuma secara peribadinya, aku sedih... buahati aku x ada dgn aku utk raikan kemenangan LFC yg plg bermakna seumur idop aku!


What do you think was Liverpool's best performance of the season?
[Bagi anda apakah persembahan terbaik Liverpool sepanjang musim?]
Nak pilih 1 susah... tapi ada 3 yg menggambarkan apa maxud "Liverpool FC".
(h) vs Arsenal - tanpa StG, Reds mantap & Arse sehebat JKR Kelantan! semua kata Reds akan terkubur... last2 dunia nampak yg Viera leh tersungkur bila selisih dgn angin DidiHamann; yg Kewl dlm lembut leh menang 50-50 header dgn Campbell (yg bersudah dgn gol kemenangan), Mellor dlm lembap leh tau katner pintu gol tanpa dongak melihat, & yg paling penting... BUKTI yg Reds BUKAN ONE-MAN TEAM yg harapkan StG semata2!.
(h) vs Olimpiacos - diorg skor dulu, Reds MESTI skor 3 utk slamatkan musim!!!... & berjaya skor 3!!!
(n) vs AC Milan - REDS KEMBALI DARI KUBUR!


How was the homecoming for you personally, what was the memory you take from that?
[Secara pribadi, apakah kenangan yg boleh diambil daripada perarakan kepulangan LFC?]
Dulu zaman 70-80an, terlalu kerap tgk Reds kat atas bas merah 2 tingkat x berbumbung, arak bermacam2 piala keliling Liverpool, musim demi musim. lepas tu bila menang 3 piala 2001, pemandangan nostalgik tu kembali. tapi terasa kekosongan gak lagi, sebab EPL & CL milik teams lain.
Tiba2 Mei 2005, buluroma kembali meremang...


Did it surprise you how many people turned out?
[Adakah anda terkejut dengan jumlah orangramai yg keluar menyambut?]
x langsung. kalau korang folo LFC selama aku folo (dr 1976), sikit pun x terpranjat. bagi generasi baru (termasuk Rafa yg baru jadi fan LFC), suasana tu memang dah lama ditunggu & dijangka.


What has been the difference in the Premiership for Liverpool this season, why are you more consistent?
[Apakah yg jadi perbezaan bg LFC dlm EPL musim ni? Kenapa lebih konsisten?]
Bg aku ada 3 sebab:
1/ players yakin Rafa lebih special dari "The Special One";
2/ players dah faham pergerakan teammates... team lama LFC dah leh blend dgn Armada Sepanyol yg Rafa bawak;
3/ skuad lebih kuat & serasi. players gantian (StW, Djimi, Didi, LG, FloPo, Moro/Djib/Galah) dpt menten kebagusan 1st team.
4/ players sanggup mati2an.


If you had to make one wish for 2006 - what would it be?
[Kalau diberi 1 Permintaan utk 2006, apakah dia?]
Semangat Istanbul Mei 2005 - kekal dlm setiap pemain, pada setiap perlawanan.


Can we talk about a title challenge in the second half of the season?
[Bolehke kita bicara tentang saingan merebut gelaran Liga dlm babak kedua (selepas tingkap pembelian Januari tutup kembali) musim ini?]
Hmmm... 3 benda.
1/ Dr dulu, bg LFC selagi MASIH ADA PELUANG, walau 1% je pun, bg LFC x ada sebab utk givap.
2/ Bg Rafa, yg penting... next game.
3/ Bg aku, menang SEMUA games, & HARAP Chelski draw/kalah 1-2game... InsyaAllah boleh! Dlm dunia LFC kini, ManUre x ujud.

Saturday, December 31, 2005

2005 Best Goals!

Great Goals... i've seen many!

here's 2005's top 3!




my order of preference wud be...

No. 3... LG vs Juve... the simplicity of how it was created plus LG's calculated lobbed volley, plus its against a great keeper, not to mention the match was vs Juve!

No. 2... Mellor vs Arse... again the simplicity, then the suicidal pre-Crouch knockdown by (of all d people) Kewl, plus the power & wicked swerve of the shot, and it was a 92nd minute winner vs Arse!

No. 1... StG vs Boro... the power, the way StG stroke it, he was trying to curve & pinpoint a rocket the moment he swung his leg, & he succeeded! wish it was the goal that won us the CL!

all 3 were superb volleys but StG's got distance, power, curve & precision. d stuff dreams r made of...

but still... who can forget Xabi's rebound vs Milan... just the thot of it STILL gives me goosebumps!


~i'll never remenisce alone~

Monday, September 05, 2005

now that the window's closed...

The transfer window came & went, we are still short of a CB & RM! (that is if u believe what Rafa said). OK so we did fail to get Bonera or Figo/Stelios/Solano or Kuiyt/MO, but remember that we did sign Pepe, Barragan, Momo, Bolo & Crouch!

I'm not that disappointed when we couldn't match RealMad's real mad price slapped on MO, but i do feel a bit gutted to see MO scoring for another team in EPL. Worst case scenario, of course, is if he beats Pepe/Carson/Dudek @Anfield!

so altho i envy d cash that Souey has, i can't blame Rafa for not bowing to RealMad's demands. they still owe LFC 4M for MO, & now wanted LFC 16M (=12M cash) for MO! in terms of biz sense, i support Rafa's stubbornness 100%.

but what does it tells us about MO?

he'd proven that he's simply thinking about himself, which is not utterly a bad thing. but i hope that his fans & worshippers realize this. not only he deserted Reds during the change of guard; after getting an in-your-face Istanbul spectacular Reds gala, he dares to snub Reds again, with a feeble excuse that LFC weren't as enthusiastic about the transfer!

bottomline, i dont really think we'll miss MO that much, providing Djib continues his goalscoring streak. but i still believe that we lack crucial cover for Sami & Carra. Josemi, Djimi & Zak maybe suffice for the likes of WBA, Wigan & Sunderland, but with bad luck in timing of injuries/suspensions, hate to face Barca/RealMad with them in place of the 1st choice backs.

our lack of right midfielder/winger also doesnt mean the end of the world for us. Potter is developing into a strong RM, & altho LG keeps on straying inside when he's supposed to be on the flanks, i dont see it as a bad thing, as long as he knows when to do it to our advantage. we also have Flo-Po who can turn into a good right forward, besides we have Djib who is a very good crosser from the right.

what i would like to see, at least in our final match of the season, is having a very attacking 4-3-3 formation of which i see as our best lineup:

-Crouch--Cisse
------Moro
--Bolo----StG
------Xabi
Djimi-Sami-Carra-StF
-------Pepe

as of this moment, from the rest of the squad we have this as back-up:

--Mellor--FloPo
Arry----LG----Potter
----Momo/Didi
JAR-Zak-Josemi-Raven/Barragan
----Dudek/Carson


again, its obvious that we are short 1 striker, 1 RM & 1 CB. imagine having our top targets: Kuiyt, Simao & Bonera!

as aconclusion, if u ask me where will Reds finish in EPL @d end of the season?
i'll say...
...just 3 players short of the title!

Sunday, August 07, 2005

y no M'sians in EPL

Mark Gonzalez... Best player in Chile.

injured penghujung last season, LFC beli, walaupun tau dia akan sembuh around October! Rafa kata, kalo Cisse leh buat crowd bangun berdiri, masa dia dpt bola; speedy Gonzalez leh buat crowd berdiri all d time (assuming dia dapat bola, & assuming dia recover from injury like Cisse did).

tapi disebabkan Chile kat #72 dlm FIFA world rank, Gonzalez x dpt work permit! tu syarat Kem Pendidikan & Buruh UK.

Player Mali (Sissoko), Ivory Coast (Drogba), yg kita ingat mundur sebenarnya ranking negara dorang tinggi.

ni xde kena mengena dgn kualiti. granted, non-EU players kena jd Full International utk layak main dlm EPL. tapi how can you let mediocre Israelis, trinidad&tobagoian, venezuelan, Aussie (Kewell!?!) & chinese players in, when the best players of a country r barred juz bcos their country is supposedly lower ranked?

its all about protecting interests of locals. thats y Wales (80th), Scotland (85th), N.Ireland (112th - BELOW Malaysia) wont have such troubles. & also helping fellow caucasians, hence EU/non-EU classification. wateva. afterall its their league.

BTW do u kno that players like Pizarro wud also then be denied a permit? (Peru 73rd)

my point is...

CAN'T C MALAYSIA IN D TOP 70 FIFA RANKING.

unless, of cors, somebody makes it our target in the near future. Azalina maybe?

FYI, current standings of top 70...

1 Brazil
2 Argentina
3 Netherlands
4 Czech Republic
5 Mexico
6 USA
7 France
8 England
8 Spain
10 Portugal
11 Germany
12 Turkey
13 Japan
14 Italy
15 Iran
15 Republic of Ireland
17 Sweden
18 Uruguay
19 Denmark
19 Greece
21 Korea Republic
22 Croatia
23 Costa Rica
24 Poland
25 Colombia
26 Egypt
27 Cameroon
28 Saudi Arabia
29 Nigeria
30 Russia
31 Romania
32 Tunisia
33 Ecuador
34 Paraguay
35 Morocco
36 Norway
36 Ukraine
38 South Africa
39 Honduras
39 Senegal
41 Jamaica
42 Switzerland
43 Finland
44 Côte d'Ivoire
45 Slovakia
46 Bulgaria
47 Slovenia
48 Israel
49 Serbia and Montenegro
50 Bahrain
50 Belgium
52 Iraq
53 Uzbekistan
53 Zimbabwe
55 Kuwait
56 China PR
57 Jordan
58 Trinidad and Tobago
59 Mali
60 Australia
61 Guatemala
62 Belarus
62 Zambia
64 Oman
65 Latvia
66 Hungary
67 Togo
68 Angola
68 Venezuela
70 Ghana

BTW do u kno that Indonesia is ranked HIGHER than Thailand? & what about us? ...Malaysia? we r now even lower than Rwanda (lost 1-2), Uganda, Botswana, Gabon, Vietnam (lost 1-2) & Malawi, & worst of all... Singapore (after beating us TWICE, 0-2 & 1-2) propping d top 100, miles ahead of us!! other selected rankings....

71 Austria
72 Chile
73 Libya
73 Peru
75 Cuba
75 Qatar
77 Bosnia-Herzegovina
78 Congo DR
79 Kenya
80 Wales
81 Algeria
84 Canada
85 Scotland
86 Albania
87 Haiti
87 United Arab Emirates
91 Korea DPR
92 Iceland
92 Indonesia ***
94 Lithuania
94 FYR Macedonia
96 Thailand***
97 Syria
98 Gabon
99 Bolivia
99 Singapore ****
101 Botswana
102 Sudan
103 Georgia
104 Rwanda
105 Turkmenistan
106 Vietnam****
107 New Zealand
108 Malawi
109 Cyprus
110 Uganda
111 Malaysia *****
112 Congo
112 Northern Ireland
114 Lebanon
115 Moldova
116 Azerbaijan
116 El Salvador
118 St. Lucia
119 Armenia
120 Barbados
120 Hong Kong

c all those countries we hav for company? all virtually whipping boys! other selected nations...

126 Ethiopia
126 Faroe Islands
131 India
131 Palestine
137 Malta
138 Liechtenstein
140 Sri Lanka
145 Myanmar
148 Kazakhstan
152 Kyrgyzstan
153 Chinese Taipei
155 Luxembourg
162 San Marino
163 Laos
168 Bangladesh
170 Pakistan
178 Nepal
183 Mongolia
187 Philippines
188 Somalia
198 Brunei Darussalam
200 Afghanistan

& last...
205 American Samoa

its about time we get back to d top half of d ranking. not only we r 111th/205 worldwide, in ASEAN we r 5th/9!!!

prob is... there's nothing much left on d calendar!

Sunday, July 31, 2005

LFC's Greatest Night

my greatest night...

we showed to d whole world whats LFC's all about!


Thursday, July 14, 2005

Team vs TNS 1stRndQual 1stLeg

New signing Pepe Reina will make his 1st Anfield start in tonight's Champions League 1stRndQualifier with TNS.

Reina will have his first taste of an Anfield full house after Rafa picked him ahead of Jerz Dudek & Scott Carson, but other new boy Bolo Zenden must be content with a place on the bench.
Fernando Morientes will make his Liverpool Champions League debut and will lead the attack.

This fuels further talks of Baros & Dudek leaving. Other players not featuring due to impending departures are Nunez (Sevilla), Medjani & Diao.

However, there's 1 question that crept up following this line-up... what's up with LG?

--------Moro
-----TLT----StG
Riise---Xabi---Potter
StW--Sami--Carra--StF
--------Reina

Subs - Carson; Josemi, Zak, Didi, Bolo, Baros, Cisse.


~i'll never speculate alone!~

Wednesday, July 13, 2005

THE RETURN OF THE PHOENIX a.k.a LIVER BIRD

so...

NO Figo! phew! ok he can play a bit... but he wasnt d same Figo of yesteryears. & @60k/wk, Reds r better off without him. he might b able to provide some flair... but cant c d spark in him nemore.

UPSON, SISSOKO & CROUCH?
Yessssss!

GALLAS?
If we get him, then i can confidently say we can go for @least 2 trophies this season!

-------------------------------------------------------

while ManUre & Chelski r still yet to do their annual Asian/American money-churning tour...

Reds had gathered 2 weeks earlier than evry1else!

we had beaten (led 4-1) Wrexham 4-3 in our 1st game this season & we'll b going ther in 2 weeks time to meet TNS in their "home" game.

Reina & Zenden were given their debuts & started d game.

LIVERPOOL: Reina, Finnan, Carragher, Hyypia, Warnock, Potter, Hamann, Gerrard, Zenden, Cisse, Morientes.
SUBS: Dudek, Raven, Josemi, Medjani, Whitbread, Garcia, Welsh, Alonso, Riise, Baros, Le Tallec.

that was our team that day...

now for today.

against a 800-people-village team, anything below a 4-goals margin can be regarded s a disappointment!

methinx...

Rafa will probly play Reina & Zenden again. hopefully Mohamad Mamadou Sissoko will b able to play too. cant wait to see him in action!

so, how's this for our TNS game tonight?

Moro/Baros--Djib
Bolo----StG--LG/Potter
--------Didi
StW--Sami--Carra--StF
-------Reina

subs:
Dudek; Djimi, JAR, Xabi, TLT... plus 2 from above.


aaaahhh... juz 49 days ago... we'd shown d world wat's LFC is all about. wat will we b showing d world tonight eh?



~i'll never b overconfident alone!~

Thursday, July 07, 2005

LFC 2005-06

d list LFC r registering for season 2005-2006...

Liverpool FC Staff
Rafael Benitez - Manager
Pako Ayesteran - Assistant Manager
Paco Herrera - First Team Coach
Alex Miller - First Team Coach
Hughie McAuley - Reserve Team Manager
Jose Ochotorena - Goalkeeping Coach
Ron Yeats - Chief Scout
Dave Galley - Physiotherapist
Mark Browes - Assistant Physiotherapist
John Wright - Club Masseur
Paul Small - Masseur
Stuart Welsh - Masseur
Mark Waller - Club Doctor
Graham Carter - Kit Manager


Liverpool FC Squad
1. Jerzy Dudek (G) 32yo/POLAND 50c/-g
2.
3. Steve Finnan (RWB) 29yo/EIRE 36c/1g
4. Sami Hyypia (CB) 32yo/FINLAND 68c/4g
5. Milan Baros (S) 24yo/CZECH 36c/22g
6. John Arne Riise (LWB) 25yo/NORWAY 42c/4g
7. Harry Kewell (LM) 27yo/AUSTRALIA 17c/5g
8. Steven Gerrard (M) 25yo/ENGLAND 33c/4g
9. Djibril Cisse (S) 24yo/FRANCE 20c/5g
10. Luis Garcia (AM/F) 27yo/SPAIN 1c/-g
11.
12.
13. Anthony Le Tallec (AM/F) 21yo/xU21FRANCE
14. Xabi Alonso (CM) 24yo/SPAIN 16c/-g
15. Salif Diao (DM) 28yo/SENEGAL 39c/4g
16. Dietmar Hamann (DM) 32yo/GERMANY 59c/5g
17. Josemi (RB) 26yo/Spanish
18. Antonio Nunez (RM) 26yo/Spanish
19. Fernando Morientes (S) 29yo/SPAIN 38c/25g
20. Scott Carson (G) 19yo/U19ENGLAND 10c/-g
21. Djimi Traore (L/CB) 25yo/MALI 2c/1g
23. Jamie Carragher (B) 27yo/ENGLAND 17c/-g
24. Florent Sinama Pongolle (F) 21yo/U21FRANCE
25. Jose Manuel Reina (G) 23yo/Spanish - GBP8M Villareal
26.
27.
28. Stephen Warnock (LB) 24yo/English
29.
30. Boudewijn Zenden (AM) 29yo/HOLLAND - FREE Transfer from Boro
31. David Raven (R/CB) 20yo/U20ENGLAND
32. John Welsh (DM) 21yo/U21ENGLAND 4c/1g
33. Neil Mellor (S) 23yo/U23ENGLAND
34. Darren Potter (CM) 21yo/U21EIRE 3c/-g
35.
36.
37. Zak Whitbread (C/LB) 21yo/U21USA
42. Robbie Foy (F) 20yo/U21SCOTLAND

Yet 2b assigned numbers:
- Mark Gonzalez (W) 23yo/Chile - OnLoan from Albacete w.option for permanent. INJURED until Oct'05.
- Antonio Barragan (RWB) 18yo/Spa - Signed from Sevilla C (U-19).
- Paul Willis (G) 19yo/N.IRE Yth - Academy Grad
- James Smith (C/RB) 20yo/Eng - Academy Grad
- Danny O'Donnell (CB) 19yo/Eng - Academy Grad
- Lee Peltier (S/CM/B) 19yo/Eng - Academy Grad
- David Mannix (M) 20yo/Eng - Academy Grad
- Danny Guthrie (CM) 18yo/Eng - Academy Grad
- Ryan Wilkie (W) 20yo/Scot - Academy Grad


SOMEWHERE ELSE
22. Chris Kirkland (G) 24yo/xU21ENGLAND 6c/-g - on a season loan to WBA.
- Bruno Cheyrou (AM) 27yo/FRANCE - last season didnt shine @Marseille, now on a season loan to Bordeaux - w.option for a permanent.


GOING SOMEWHERE?
- Gregory Vignal (LB) 24yo/ xU18FRANCE - last season won ScotLgChmps on loan to Rangers, looking for a move to Celtic or back to France.
- Carl Medjani (CB) 20yo/Fra - last season on loan to L'Orient & they intend to xtend or make permanent.